Twilight




"And so the lion fell in love with the lamb…"
"What a stupid lamb”
"What a sick, masochistic lion"
- Edward Cullen and Bella Swan

****
Pada siapa yang masih lagi belum berkesempatan menonton cerita ini, adalah sangat-sangat digalakkan untuk menyerang panggung wayang dengan segera. Sehingga entri ini ditulis, sudah 2 kali betty menontonnya. Dan ada kemungkinan untuk kali yang ke-3, 4 atau … entah lah. Sementara stok masih ada. Ngee..

Bagi pengikut novel daripada Stephenie Meyer ini mungkin akan merasakan, novel fiksyen ini lebih menarik berbanding adaptasinya. Ya, dan fakta ini betty sendiri akui dan percayalah, jalan cerita novel lebih ‘layan’. Ada feel, dan betty sendiri sedang ‘dilamun cinta’ bersama Edward Cullen.

Tidak perlulah untuk betty mengarut dengan lebih panjang.
Hanya untuk ‘menyeru’ kepada yang belum menikmati keindahan bercinta dengan makhluk penyerang yang paling merbahaya di dunia ini sahaja – Just go and feel the way I feel right now…!
Seriously people.
At the moment, I’m deeply in love with the vampire.

Dan bagi yang tidak tahu, cerita ini bersiri ya.
Mungkin anda tidak mahu ketinggalan untuk menonton siri yang pertama.

Enjoy your movie…!




Nota kaki: The next sequel will be showing next year – title: new moon


As We Know It – (Well, I don’t)


Early this morning, when I’m doing my daily routine – blog hopping, I’ve just realized that E! news presenter – Giuliana Rancic was married to Bill Rancic.
Patut la last name nya sama.
Saya yang ketinggalan rupanya.

Who is Bill Rancic?
Ada yang tak kenal ke ngan mamat gorgeous ni?
He was the winner of the first season of The Apprentice.
The only season that I’ve followed, pastu dah tak tengok dah.

And who the hell is this lucky lady (jeles nih…T_T) – Giuliana Rancic?
Her name before she get hitched with Bill was Giuliana DePandi
Ryan Seacrest's co-host for E! News Program.
Selalu ada kat channel E! (astro channel 712) pukul 7.30p.m kalau tak silap.
Sungguh bertuah perempuan ini kan?
Dan ya, saya akui, saya cemburu and happy at the same time to see how this stunning and brainy people can be together.

And just now, one of my uni closest friends called and told me that she’s getting engaged this weekend.
Well, let’s just say that she’s also a kind of lucky girl.
Her future fiancé (soon to be her fiancé…ehhe…), got looks (eh…?), good background of family, education & job. (well, he’s working with Petronas… D’oh)

Irony?
It is…!


Post script: Congratulation Ijan… =)



Owner of a Lonely Heart


Do you mind eating alone? – Terbang fm

Oddly, saya tak kisah.
In fact, saya lebih senang bersendirian.
During lunch hour, I would happily prefer to tapau some foods and then eat it at the office.
Lebih senang dan tak perlu buang masa.
Tetapi ini hanya daripada pandangan saya.

Saya juga senang menonton wayang dan ber ‘shopping’ sendirian.
Lebih selesa.
Tiada gangguan.
Ada ruang untuk otak berfikir.
Bukan dipengaruhi dari minda/pendapat orang lain.

Lagipun, saya tidak perlu risau akan masa orang lain.
Saya hanya perlu hiraukan peruntukan masa saya seorang sahaja.
Tak perlu terburu-buru.
Menguruskan diri sendiri bukankah lebih mudah?

Walaupun ada yang mengatakan saya anti-sosial,
Tetapi saya tetap bersosial sebenarnya.
Bukankah menonton wayang dan ber ‘window shopping’ juga boleh dikatakan bersosial.
Bukannya saya duduk terperap sahaja di dalam bilik / rumah.

Kadang-kadang, jika teman sepejabat ajak makan bersama,
Saya juga tidak kisah.
Saya juga masih boleh bersosial.
Masih boleh berbual-bual dan berkongsi pendapat.

Well, maybe I destined to be a loner.
I don’t know whether I am a lonely person.
But, I think I am the owner of the lonely heart.