Tanjobi o Omedeto Finaz-chan!!!


Alhamdulillah, tanggal 17 Mac yang lalu, finaz telah dipanjangkan lagi umur oleh Allah SWT. Syukur ya Tuhan. Dan telah menjadi rutin tahunan keluarga finaz, setiap kali ada ahli keluarga yang menyambut hari lahir, mesti ada keknya. Tak kira lah besar/kecil, mahal/murah, kek untuk meraikan tuan punya hari lahir mesti ada. WAJIB!

Jadi, pada hari Isnin yang lalu finaz, along dan adik ke Gardens & Mid Valley untuk membeli kek ulang tahun hari lahir finaz. Hendak dijadikan cerita, bulan ini, ada 2 orang ahli keluarga finaz yang menyambut hari lahir. Finaz & adik perempuan finaz. Oleh itu, kami bersepakat untuk membeli kek yang agak best memandangkan sambutannya untuk 2 orang.

Terfikir juga, kek apa ya yang sedap dan best? Kalau ikut perancangan awal, finaz dari mula lagi telah memberi request, “Angah nak kek aiskrim tau. Aiskrim chocolate chip vanilla”. Itu lah yang tekak finaz inginkan. Kebetulan adik finaz juga mahukan kek aiskrim juga (sibuk je tiru orang Qila nih… =p). Atas cadangan kakak, kami setuju untuk membeli kek aiskrim dari Baskin Robin di Mid Valley.

Setelah menyusahkan mamat-mamat yang bekerja di Baskin Robin, bertanya itu dan ini, akhirnya kek yang diingini pun berjaya dikesan. YES! Memang teruja. Ya lah, bukannya selalu dapat makan kek aiskrim. Setahun sekali je. Baskin Robin lak tu, siapa lah yang tak suka. Kan? Muehehe…

Sempat juga finaz berpesan kepada pekerja Baskin Robin supaya meletakkan dry ice banyak-banyak. Takut cair pula kek itu dalam perjalanan pulang nanti. Pekerja yang agak “mesra” itu meyakinkan kepada kami dengan dry ice yang diletakkan itu, ianya mampu menampung dalam 1-2 jam perjalanan. Lega kami.

Sampai di rumah, ayah finaz telah pun pulang dari kerja. Selalunya, jarang sekali finaz dan adik beradik yang lain dapat meluangkan masa bersama ayah. Kerja tak kira hari. Mungkin kerana ada sambutan yang ingin diraikan di rumah, ayah dapat balik awal semalam. Maka, bermulalah sambutan hari lahir finaz dan pre-birthday untuk adik finaz. Hmmm, sedapnyeee dapat makan kek aiskrim!



***




Keesokkan hari, finaz bangun lebih awal daripada biasa. Hajat di hati,


“Hari ini breakfast boleh makan kek aiskrim… Yea, yea…”


Dan finaz pun bersiap seperti biasa. Dari bilik, tiba-tiba finaz terdengar adik finaz bertanya kepada ibu,


“Ibu, kenapa?”


Finaz pun berlari turun ke bawah. Mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepada ibu. Finaz pun mengulangi pertanyaan yang sama kepada ibu. Dan jawapan yang didengari cukup-cukup mengecewakan dan berjaya memurungkan finaz sepanjang hari.


“Plug peti ais off rupenye. Habis kek awak dah leper…”



Huuwaaaaaaaa…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ke-3 Tahun Baru Cina…


Seperti biasa, finaz bekerja. Seperti hari-hari dan minggu-minggu yang lepas. Tetapi hari ini ada kelainannya. Nak tahu kenapa? Kerana hanya 5 orang sahaja yang “rajin” hendak datang ke tempat kerja. Bukan datang untuk bekerja yang pastinya. Tetapi hanya menghadirkan diri.
Dan mungkin juga kerana niat yang mungkin tak pasti arah tujunya, hendak dijadikan cerita, internet connection di ofis finaz pula bermasalah. Termasuklah dengan mesin fax dan photostat. Aduh… Nak buat kerja apa lagi ni?

Kalau ditanya finaz, apa perancangan hari ini? Finaz lebih senang mengaku yang niat sebenar finaz datang ke tempat kerja kerana hendak menghabiskan men”download” cerita “Transformers” dan “My Girl”. Muehehe… Mungkin kerana niat yang tidak betul inilah punca segala masalah yang timbul hari ini.
Jadi apa yang perlu finaz buat dikala ofis ini sunyi sepi. Mengarang blog lah, apa lagi??

***

Semalam finaz ke Kampung Pandan. Mencari di mana letaknya Institut Baitul Mal. Kenapa? Kerana hari Sabtu minggu hadapan finaz dikehendaki menghadirkan diri untuk sesi temudaga bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Ada juga abang ipar finaz bertanya “Betul ke Shasha nak jadi PTD ni?” Dan jawapannya “ENTAH”
Betul, entah lah. Finaz pun tidak tahu apa yang finaz hendak dalam alam perkerjaan ini. Asalkan gajinya berpatutan, mungkin itu sudah memadai. Betul!
Tetapi kalau dapat pun jawatan ini, bagus juga. Boleh ke tempat orang, meluaskan pandangan dan pengalaman.

Bercakap mengenai pengalaman, hari Ahad yang lepas, sewaktu finaz dan teman-teman seperjuangan mengadakan sessi “open table” di Ittaliannies, One Utama, finaz ada menyuarakan hasrat untuk kami bersama-sama meluaskan pandangan ke tempat orang. Dan alhamdulillah, hasrat finaz ini disambut baik. Walaupun bukan keseluruhan tetapi tetap diterima. Thanks girls!!!
Destinasi pertama kami???



TUNGGU…



**sebenarnya entry ni dah ditulis lebih 3 minggu yang lalu… tapi baru hari ni sempat untuk di “upload” kan… heheh…**



Nota telinga: Kawan-kawan, g kumpul duit skang…Jom jalan-jalan… =)



Back To School…!!


Hmm…
Lambat pula finaz masukkan entry baru untuk kali ini. Memandangkan tugasan kerja yang semakin bertimbun-timbun, tak cukup tangan rasanya untuk finaz menitipkan catatan yang terbaru.

Pada hari Selasa yang lepas, finaz, kakak, abang ipar, adik dan anak-anak buah (hehehe…) ke Precinct 5, Putrajaya untuk melihat
Malaysia International Space Adventure anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pada asalnya, pelawaan dibuat oleh kakak finaz yang baru habis pantang (dan gian nak berjalan..hehe) dan apa lagi, finaz pun terus memberikan kata setuju walaupun terpaksa tidur di rumahnya di Sungai Kapar Indah. Kalau hendak diikutkan badan yang penat baru pulang dari kerja, memang malas rasanya untuk mengemas pakaian yang hendak dibawa. Tapi ‘jalan’ punya pasal, semua pun boleh jadi belakang kira.

Jadi pada tengah hari Selasa, kami pun menuju ke Precint 5 yang terletak bersebelahan dengan
Putrajaya International Convention Centre. Dalam hati jangan cakaplah. Teruja hendak tengok sesuatu yang menarik dan baru. Manalah tau, mungkin banyak infomarsi yang berguna untuk pengetahuan am sekurang-kurangnya. Dan ada juga secubit harapan moga-moga idola finaz, Sheikh Muszaphar Shukor, ada juga di tempat pameran. Muehehe… Tapi semua itu hanya tinggal harapan sahaja. Rupa-rupanya ada bayaran masuk dikenakan untuk menyaksikan pameran tersebut. Kalau setakat RM10-20, mungkin tidaklah menjadi masalah. Tetapi bayaran yang dikenakan agak mahal; RM 38 bagi dewasa dan RM23 untuk kanak-kanak. Terpaksalah kami batalkan sahaja niat. Untuk mengubat hati yang “keciwa”, finaz dan yang lain ambil gambar sebagai kenangan. Sekurang-kurangnya kami pernah menjejakkan kaki di situ. Huhhu… Sasshin o torimasho…!!

Minggu ini juga merupakan minggu pembukaan bagi penggal pertama persekolahan. Adik-adik finaz juga akan meneruskan sesi pembelajaran mereka. Yang seorang masuk ke Tingkatan 3, dan yang bongsu ke Darjah 6. Kedua-dua mereka akan menghadapi Peperiksaan Besar tahun ini (Penilaian Menengah Rendah –PMR, Ujian Penilaian Sekolah Rendah – UPSR). Sudah menjadi perkara yang biasa, awal-awal sesi pembukaan perskolahan ini, ibu dan ayah finaz akan memberikan ceramah perdana. Hehe… Bukan apa, sekadar memberi peringatan supaya belajar rajin-rajin. Jadikan yang “tua” sebagai contoh (cheewaahh…). Bak kata pepatah, “Yang baik dijadikan teladan, Yang buruk dijadikan sempadan”.

Oh, ya. Terlupa pula satu perkara. Hmm, anak buah finaz yang pertama, Muhammad Syah Asyraffi Hyffny, juga akan memulakan alam persekolahannya di tadika Tunas Bestari, Seksyen 18. Kalau mendengar keletah mulut si kecil ini bercerita mengenai pengalaman pertamanya di sekolah, memang kelakar. Tetapi bila dengar penjelasan dari “Mummy” nya, lagilah sakit perut dibuatnya. Haha.. Affy, Affy…