Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Time Has Come Today

Wow, it’s been a while since I last wrote in this blog.
Maka, cerita-cerita ini semua cerita basi ya?
Ahh, macamlah ada orang yang kisah!
Cehh! -_-“


Title: Live Like We’re Dying


Siapa pergi tengok showcase Kris Allen kat Gardens bulan February hari tu?
Oh, saya tak pergi pun.
Cuma hadir ke sesi autograph nya di Mid Valley saja.
Hee, GILA!
Kebetulan, ke pejabat juru runding di Bangsar.
Siapkan kerja cepat-capat kemudian lari terus ke Mid Valley.
Dapat ambil gambar darii jauh saja (sebab bahagian bawah semua dah penuh)
Lagi pun pergi sorang-sorang (Ya, SEORANG!)
Maka perhati dari jauh pun sudah cukup memadai


Silalah ke link di bawah untuk dengar kemeriahan di Mid Valley pada hari tersebut:

http://www.facebook.com/video/video.php?v=294986448653

http://www.facebook.com/video/video.php?v=295031838653


Title: Bust Your Windows

“I bust the windows out your car
And no it didn't mend my broken heart
I'll probably always have these ugly scars
But right now, I don’t care about that part”

Apakah?
Lagu Glee ni pulak?
Senang cerita, saya kemalangan.
Sedih tau.
Setiap tahun mesti ada kemalangan.
Dugaan, dugaan…


Ok, ok. Gambar tu nampak macam tak teruk kan?
Tapi berlubang juga poket tau!


Title: Selamat Ulang Tahun... Sayang (Remix)

And about my 26th Birthday.
Nothing special.
Cuma, Incik Imran itu ada bagi saya lagu SUTS versi remix sempena hari lahir saya.
Hee…


Title: Suatu Masa



First time ok masuk Istana Budaya.
Honestly, saya tak merasa kagum pun.
Kecewa? YA!
Kasihanlah, itu saja yang boleh saya kata.

Oh, tapi mengenai Konsert Suatu Masa Amy itu sangat bagus tau!
Untuk lelaki yang sudah berusia lebih 50 tahun, saya rasa konsert impian Amy itu boleh dikategorikan sebagai cemerlang.
Saya enjoy, cuma lokasi tempat duduk sahaja yang kurang menarik.
Depan sangat dan di tepi dan terlalu dekat dengan speaker.




Hmm, cukuplah ceritanya ya?
Saya dah tak boleh fikir lagi.

Cinta Kosmik


Erghh, tajuk tak boleh blah!
Makluman, tu sebenarnya tajuk single terbaru kumpulan Fabulous Cats ye.
Dengarlah stesen radio tempatan (eg: Era fm / Hot fm) kalau nak tau lagu tu macam mana.
Ngeh!


Seperti ramai yang sedia maklum, saya dan adik telah pun ‘menggedikkan’ diri untuk pergi tengok Alibi Cosmic Concert yang bertempat di Wisma Bentley, Mutiara Damansara.
Well, dapat pergi konsert ni by invitation je tau.
Kena register nama. Tiket tak jual tau.

Ramai gak lah artis yang buat persembahan.
Biasa-biasa je konsertnya. A-la sopan-sopan gitu.
Fans yang datang pun malu-malu kambing nak terkinja-kinja.
Serius sopan.


Him, as usual

Oh, did I mentioned Awal Ashaari is a singer now?

Dayang!

Barisan artis Alibi Muzik

Tapi yang pasti, waktu Sleeq buat persembahan, Aqila tetiba menjerit bagai orang gila.
Sampai orang duduk row sebelah terus pandang.
Siapa tu..??
*ehem, ehem…* siapa lagi..??
Orang tu la. Malas lah nak mention nama dia.
Tak habis-habis asyik promo orang yang sama je, kan? Hee…

Sleeq and Aqila

Me and Awal (hehhehee...)

Konsert habis pun dalam pukul 11:00 lebih.
Dapat ambil gambar sikit je.
Dengan orang tu, saya tak ambil pun kali ni.
Kenapa eh?
Dah balik rumah, rasa menyesal pulak.
Kalau tak boleh tambah koleksi gambar dengan Imran Ajmain lagi.
Eh? Tersebut jugak! Aisyhh... -_-"