Time flies. Time waits for no man. Time heals all wounds. All any of us wants is more time. Time to stand up. Time to grow up. Time to let go. Time. ~ Grey’s Anatomy
Showing posts with label fast food. Show all posts
Showing posts with label fast food. Show all posts
Servis Buruk
Stesen radio: Terbang fm
Pernah tak anda diberi layanan yang teruk lagi buruk lagi huduh…?!
Ahah, betty pernah. Sepanjang ingatan betty, 2 kali betty pernah berhadapan dengan layanan yang teruk oleh pengusaha kedai makanan khasnya. Terutama restoran makanan segera.
Apa tujuan jika anda memilih untuk makan di fast food restaurant? Mestilah kerana hendak makanan itu dihidangkan dengan cepat bukan? Jika tidak, tidak perlulah menamakan restoran itu restoran makanan segera.
Pernah beberapa tahun yang lalu, betty membuat pesanan melalui telefon. Katanya penghantaran akan dibuat dalam lingkungan masa 45minit. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu… Makanan tak sampai-sampai. Apa ni? Takpelah, mungkin si peon tu tak tau alamat kami. Hari pun sudah malam. Gelap, tak nampak nama jalan agaknya. Tunggu lagi, sudah hampir satu jam. Apa kes? Ok lah, betty cuba telefon kembali talian pesanan restoran tersebut untuk re-check order betty.
Panggilan pertama, tidak diangkat.
“Harap maaf, talian kami sibuk. Sila tunggu sebentar. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi”
Panggilan kedua… pun sama. Setelah percubaan yang entah ke-berapa kali, baru ada layanan. Hampeh! Apa alasan yang diberikan di atas kelewatan yang melampau?
“ Sebenarnya kami kekurangan staf. Budak penghantar semua keluar, tak balik lagi”
Hah? Itu bukan masalah saya. Carik lah staf ramai-ramai. Kalau tak boleh nak hantar, jangan buat servis penghantaran. Kan lagi senang?
Kalau ikutkan hati yang hagak bengang, memang betty tak mahu bayar makanan yang dipesan itu. Itu pun, makanan itu sampai setelah lebih 1 ½ jam selepas pesanan dibuat. Tapi kan benda itu makanan. Kang kalau tidak dibayar, mau sakit pulak perutku nanti. Huhhu, tak rela. Bayar je lah.
Kejadian yang kedua – hari Jumaat minggu yang lalu.
Kejadian yang hampir serupa, tapi kali ni, mengikut kata Pengurus yang bertugas (which is very rude and hampeh and very irresponsible manager…cit!) tiket/resit order kami hilang. Ya ampun, habis tu kalau hilang tak reti-reti ke nak cek balik kami order apa?
Alasan yang boleh diberi hanyalah maaf – Kami kekurangan staf – Kami tak boleh nak check pesanan dari setiap satu pelanggan kami - kami boleh bagi voucher sebagai tanda minta maaf – kalau cik tak nak bayar saya nak buat macam mana?... and so on.
Sengal.
Memang tak bertanggungjawab
Nota telinga: Just be responsible to your costumer. We pay for it. Don’t cha ever heard – “Costumer Always Right”.
Subscribe to:
Posts (Atom)