Showing posts with label community web. Show all posts
Showing posts with label community web. Show all posts

Ring-A-Ling

Pertamanya, saya ingin minta maaf.
Entri saya kebelakangan ini banyak berkisar tentang orang yang sama.
Maafkan saya.
Mungkin obsesi ini akan berakhir sejurus tibanya bulan November.
Harap Edward, Bella dan keluarga Cullen bisa mengalihkan tumpuan saya.
Atau paling tidak, sehingga 28 Oktober ini untuk tayangan perdana ‘This Is It’.

Begini ceritanya bermula.



Maka, saya pun retweet lah.
Lihat, lihat. Betapa cepatnya saya retweet. Saya fikir, mungkin saya orang pertama dari Malaysia yang berbuat sedemikian.
Sejurus kemudian, dia post pula di Facebook Fan Page nya pula.






“Haisyhh, post kat situ pulak die ni. Semalam kata nak announce kat Twitter. Takpe, takpe. Kita tunggu je…”


Kemudian, ada lagi status baru muncul di Facebook!



Alamak! Kenapa kena macam ini pulak…?
Maka saya, dengan tidak tentu arahnya, terus mencapai telefon bimbit.
Kenapa?
Kena tukar Caller Ringtone la…!
Sebelum ini diakui, memang saya menggunakan caller ringtone nyanyiannya juga.

Tapi lagu yang berlainan. Lagu yang paling saya suka dalam album ‘Punca dan Tindakan’ itu.
Demi kerana ‘contest’ ini, saya terpaksa men ‘delete’ lagu ‘Menimbang Rasa’ dan gantikan pula dengan ‘Jika Engkau Pergi’ pula.
“Hope this works…!” Harap saya dalam hati.

Tepat pukul 12 tengahari, saya keluar dari pejabat saya (Citt, pejabat konon. Padahal cabin je. Ngeee…)
Al-maklum sajalah, penerimaan talian telefon kurang memuaskan.
Maka, saya pun mengambil keputusan untuk pusing-pusing di Alamanda.

Tunggu, punya tunggu, panggilan yang diharapkan tidak diterima.
Uhh, kecewa lagikah?
Takpalah, waktu pun sudah hampir pukul 1 petang.
Kembali ke pejabat semulalah.
Tetapi…


YATTA…!!!
Oh, apakah isi perbualannya?
Tentang single terbaru daripadanya (hint: sila call saya untuk dengar bagaimana lagunya ya)
Semua tentang satu lagu, tetapi ada pelbagai versi.
Original, Akustik dan juga tayangan perdana MV lagu tersebut.
Ada lagi satu – laman web rasmi khas untuk single itu sahaja.
Ok, itu saja yang boleh saya kata kan di sini. Ngee…
Maka, nantikan entri di mana saya akan hebahkan tentang perkara ni sejurus Single dan laman web itu menjadi rasmi.
Tunggu…






Nota telinga: Jika berminat (seperti saya) kamu boleh google sendiri untuk laman web rasmi single itu. :)


Fesbuk... FS... MS...

Stesen radio: Hangat fm
Topik hari ini: Facebook, Friendster & MySpace… Perlu atau tidak?


Topik yang panas.
Perlu atau tidak laman komuniti ini terutama kepada para remaja.

Betty tahu laman komuniti ini memang menjadi trend masa kini. Tetapi jika pengguna terlalu obsess dengannya bukankah ianya lebih mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Betty sendiri memiliki sebuah laman komuniti untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan semasa belajar dan sekarang setelah bekerja. Benar, betty rasa laman komuniti ini telah pun menjadi satu keperluan seperti mencari semula rakan-rakan yang telah ‘lost contact’, info-info terkini melalui papan bulletin, pesanan-pesanan ringkas terkini seperti undangan perkahwinan misalnya.

Tetapi, ada segelintir pengguna yang telah menyalahgunakan kemudahan ini seperti meng'apdet' laman waktu kuliah/kerja. Bayangkan, seorang pengguna memiliki ketiga-tiga laman komuniti di atas? Sangat mengganggu ok… Betty sendiri pernah memiliki lebih dari satu laman komuniti di atas, dan betty akui, betty terganggu kerana tumpuan yang diberikan terhadap kerja dan laman tersebut.

Antara gangguan:-

  • apabila melihat laman rakan yang mempunyai layout yang lebih menarik daripada laman sendiri – kesannya: cari layout baru yang lagi canggih! (Hehhe…)
  • aplikasi yang terlalu menarik sehingga semuanya mahu diletakkan di dalam laman – kesannya: laman menjadi terlalu crowded
  • spam dan mesej dari laman yang tidak sepatutnya (xxx)


Oleh sebab itu, betty lebih senang mengendalikan hanya satu laman komuniti. Seperti yang telah betty nyatakan, ianya adalah satu trend masa kini. Kalau tidak ada langsung, alahai – macam katak bawah tempurung yang telah di konkrit!
Bak kata Fafau:

"kalau takde fesbuk, tak IN la beb…!"