Showing posts with label friendster. Show all posts
Showing posts with label friendster. Show all posts

Fesbuk... FS... MS...

Stesen radio: Hangat fm
Topik hari ini: Facebook, Friendster & MySpace… Perlu atau tidak?


Topik yang panas.
Perlu atau tidak laman komuniti ini terutama kepada para remaja.

Betty tahu laman komuniti ini memang menjadi trend masa kini. Tetapi jika pengguna terlalu obsess dengannya bukankah ianya lebih mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Betty sendiri memiliki sebuah laman komuniti untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan semasa belajar dan sekarang setelah bekerja. Benar, betty rasa laman komuniti ini telah pun menjadi satu keperluan seperti mencari semula rakan-rakan yang telah ‘lost contact’, info-info terkini melalui papan bulletin, pesanan-pesanan ringkas terkini seperti undangan perkahwinan misalnya.

Tetapi, ada segelintir pengguna yang telah menyalahgunakan kemudahan ini seperti meng'apdet' laman waktu kuliah/kerja. Bayangkan, seorang pengguna memiliki ketiga-tiga laman komuniti di atas? Sangat mengganggu ok… Betty sendiri pernah memiliki lebih dari satu laman komuniti di atas, dan betty akui, betty terganggu kerana tumpuan yang diberikan terhadap kerja dan laman tersebut.

Antara gangguan:-

  • apabila melihat laman rakan yang mempunyai layout yang lebih menarik daripada laman sendiri – kesannya: cari layout baru yang lagi canggih! (Hehhe…)
  • aplikasi yang terlalu menarik sehingga semuanya mahu diletakkan di dalam laman – kesannya: laman menjadi terlalu crowded
  • spam dan mesej dari laman yang tidak sepatutnya (xxx)


Oleh sebab itu, betty lebih senang mengendalikan hanya satu laman komuniti. Seperti yang telah betty nyatakan, ianya adalah satu trend masa kini. Kalau tidak ada langsung, alahai – macam katak bawah tempurung yang telah di konkrit!
Bak kata Fafau:

"kalau takde fesbuk, tak IN la beb…!"