Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Can't Take My Eyes Off You


Yellloo…
Aduh, malas betul nak apdet blog.
Kosong dengan idea sebenarnya.
OR yang sebetulnya, terlalu asyik dengan sesuatu (or seseorang…?)
Hee…
Biarkan saya dengan dunia saya ye.

Yang saya perasan, mata saya ni semakin teruk pulak rabunnya sekarang.
Tapi tetap tak sedar diri tak mahu pakai cermin mata.
Rimas la ada benda terletak kat hidung.
Kalau hidung mancung bak seludang lain la.
Contact lens – certainly not my list of options.
Tak berani la nak cucuk-cucuk mata dengan benda itu.
Sakai gak kan aku ni?
Ngeh…

Hari Jumaat yang lepas, berjaya menjadi pekerja yang tak bagus.
Curi masa kejap tengok G.I Joe.
Ok la. But still saya rasa Transformers lagi super hebat!
That’s my opinion. Orang lain suka hati diorang la kan?

Dan… dan…
Masa dalam panggung tu ada check fesbuk kejap.
Hey, sekali dapat komen daripada orang yang ditunggu-tunggu.
Huh, nasib kamu ingat lagi ya!
Sungguh happy kerana komen itu disusuli pula dengan message di inbox fesbuk saya.
Wooahh, senyum tak ingat…!
Luckily masa tu pakai mask dalam hall tu.
Kalau tak, mesti orang dah cakap saya ni mereng agaknya.

So, cut the story short.
I have a date on this 29th…!
Well, not really a date la kan?
Tapi kalau la that appointment turn into a date, apa salahnya kan?
Gaggagaga…

Next day, saya dapat berborak pulak dengan Tuan Punya Badan itself!
(huih, banyak betul tanda seru entri kali ni. Hihhi)
Obviously I’m SUPER-DUPER HAPPY.
Even my colleague pun perasan saya dah jadi macam orang gila.
Tak tentu arah nak buat kerja lepas tu.
Dan… dan…
He’s told me a little secret.
Just the two of us.
Uhh… Spicy right…?
;)

Secara konklusinya, saya tak sabar-sabar hendak tunggu tarikh 29 August itu.
Tapi tak la terlalu teruja.
Nanti takut kecewa pula.
But still, I’m looking forward for that date.

Friends, please bare with me ok?
Sorry if I sound like a moron.
Just, be happy for me.
Pretty Please… :)



nota cardio : Congrats to my newlywed friends who is expecting their first born child. Uhh… I heard someone getting twins! Pada yang belum ada rezeki, sabar yeh. Usaha lagi. Oh, I’m so happy for you guys…!


Harapan Kecewa


Sayang lah nak apdet dengan entri baru.
Sayang dengan entri yang sebelum ni.
Tapi takpe lah.
Life must go on kan?
Lagi-lagi sekarang ni tengah mood kurang gembira.
Kenapa?

Harapan Kecewa.

That’s it!
Jangan tanya kenapa.
Tapi memang betul-betul kecewa.
Perasan terlebih kot.
Whatever!

Ok, last Thursday bawak watashi no Koibito ke Proton COSE.
Biasalah, kenalah di service kan?
Berlubang lagi poket.

Sambil tunggu kereta siap, ajak Along ponteng juga.
Hehhe, and luckily dia memang pun nak ponteng kerja hari tu.
Citt, alasan la konon kata Cerry Berry.
(tu la, sape suro makan petai banyak-banyak.. gagaga…)

Next destination – Mutiara Damansara.
Saja jalan-jalan.
Beli itu ini.
Just want to kill the time before Proton tell me that my car’s ready.
Dalam pukul 4 lebih, koibito pun dah siap.
Then, pergi la kembali ke COE Building Service Centre untuk ambil koibito ku yang cantik di polish.
Kesian dia, dah lama tak buang daki. Ngee…
Check twitter updet kejap.
Oh, shoot!
‘Dia’ ada kat The Curve pulak.
Frust nya… Kalau lah layan tekak Along kat Starbucks, agaknya dapat lah jadi orang gila lagi for that day.
Well, God knows well.
Ada hikmah di sebalik kejadian tu…

Petang, pergi jogging (teman Along ye. Ditegaskan di sini – teman Along)
Balik pancit… huhhu…
Bangun pagi – sakit perut!
Alahai, takpe lah. Amek MC.
(takyah pergi kerja lagi hari ni…)

Sungguh sengal 2 hari tanpa internet tau.
Kejap-kejap check fesbuk & twitter via handphone.
What can I say?
Right now, I’m addicted to it.
Tapi, itu lah kan…
Sekali dapat tahu benda yang tak best pulak.
‘Harapan Kecewa’ lagi.

Makanya, untuk melayan kekecewaan itu, saya nak layan ‘Dengan Secara Kebetulan’ sampai saya jumpa ‘Punca dan Tindakan’.

Is that a good solution?
Makin rabak hati aku adalah…
Mmm…



nota telinga: Sukalah dengan ‘Compromise’. Seperti di carik-carik rasanya di dalam.


Fesbuk... FS... MS...

Stesen radio: Hangat fm
Topik hari ini: Facebook, Friendster & MySpace… Perlu atau tidak?


Topik yang panas.
Perlu atau tidak laman komuniti ini terutama kepada para remaja.

Betty tahu laman komuniti ini memang menjadi trend masa kini. Tetapi jika pengguna terlalu obsess dengannya bukankah ianya lebih mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Betty sendiri memiliki sebuah laman komuniti untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan semasa belajar dan sekarang setelah bekerja. Benar, betty rasa laman komuniti ini telah pun menjadi satu keperluan seperti mencari semula rakan-rakan yang telah ‘lost contact’, info-info terkini melalui papan bulletin, pesanan-pesanan ringkas terkini seperti undangan perkahwinan misalnya.

Tetapi, ada segelintir pengguna yang telah menyalahgunakan kemudahan ini seperti meng'apdet' laman waktu kuliah/kerja. Bayangkan, seorang pengguna memiliki ketiga-tiga laman komuniti di atas? Sangat mengganggu ok… Betty sendiri pernah memiliki lebih dari satu laman komuniti di atas, dan betty akui, betty terganggu kerana tumpuan yang diberikan terhadap kerja dan laman tersebut.

Antara gangguan:-

  • apabila melihat laman rakan yang mempunyai layout yang lebih menarik daripada laman sendiri – kesannya: cari layout baru yang lagi canggih! (Hehhe…)
  • aplikasi yang terlalu menarik sehingga semuanya mahu diletakkan di dalam laman – kesannya: laman menjadi terlalu crowded
  • spam dan mesej dari laman yang tidak sepatutnya (xxx)


Oleh sebab itu, betty lebih senang mengendalikan hanya satu laman komuniti. Seperti yang telah betty nyatakan, ianya adalah satu trend masa kini. Kalau tidak ada langsung, alahai – macam katak bawah tempurung yang telah di konkrit!
Bak kata Fafau:

"kalau takde fesbuk, tak IN la beb…!"