Gambatte!!!


Hari Ahad yang lepas, finaz bersama keluarga ke Negeri Sembilan menghantar adik lelaki finaz ke UiTM Kuala Pilah. Mungkin rezeki adik finaz yang seorang liat sedikit (memandangkan keputusan SPM yang kurang memberangsangkan…hehe..sowi ye imal) disebabkan itulah lambat sedikit untuk adik finaz ini memulakan sesi pembelajarannya. Lebih-lebih lagi sebagai pelajar IPT.

Mungkin juga sudah menjadi lumrah. Apabila disebut pelajar IPT, akan terasa sedikit berbangga dengan diri sendiri. Al-maklum lah, bukan senang nak menjejakkan kaki ke menara gading. Tapi pendapat finaz, sebenarnya tak susah untuk menjadi penuntut institusi pengajian tinggi. Bukan saja swasta, malah awam juga sudah semakin mudah. Passport nya hanya memperoleh keputusan yang baik. Berlebih-lebih lagi bagi yang berstatus “Bumiputera”. Boleh dikatakan seluruh Malaysia terdapatnya UiTM. Peluang istimewa yang diberikan untuk anak-anak melayu dan bumiputera untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Berbalik kepada cerita adik finaz.
Setelah mendengar taklimat ringkas daripada ko-ordinator program di sana, untuk kursus adik finaz ini hanya memerlukan setahun/2 semester sahaja untuk memenuhi syarat program. Jika keputusan bagi peperiksaan bagi semester 1 cemerlang (3.00 ke atas), pihak universiti akan terus tawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma.

Seperti yang finaz dan kakak finaz nasihatkan kepada beliau:

“tak susah pon nak dapat 3.00 ke atas, imal. Awak belajar main-main pon da boleh score. Tak payah la nk belajar sampai pukul 3-4 pagi. Yang penting pay attention dalam kelas and jangan nak mengada-ngada ponteng kelas”

Naik berbuih mulut finaz dan kakak mengulang ayat yang sama. Harap melekatlah dalam kepala adik finaz yang seorang ni.

Dan tanggal 23 Disember yang lepas juga merupakan ulang tahun ayah finaz yang ke-55. Hmm, semoga Allah memanjangkan umur Encik Razali dan dimurahkan lagi rezeki keluarga kami. Moga-moga tahun depan BLM baru menanti. Muehehehe…
Amin ya rabbal A’lamin.



Nota kaki: klo rase xnk kne kurung mcm budak skola kat kole pilah tu, tanam semangat nak dok satu sem je kat situ...hehehh


chapter 1 – intro: am i ready or not??


first of all, nak bahasa kan diri sebagai apa?
finaz?
betty?
umish?
orang?
aku?

macam-macam nama yang dah ada..semua pun selesa bila guna..but the most usual name that i used is “orang”.. tengok mana yang sesuai la eh..??hehee..

to start new things, we need a lot of courage and believe that we can do it…

tapi finaz tak tau la finaz boleh ke tidak melakukan benda ini dengan baik atau sebaliknya…
idea untuk finaz tulis blog ni memang dah lama, tapi mungkin masa yang agak terhad, atau mungkin tak ada idea yang baik untuk di uar-uar kan…

namun, sejak kebelakangan ini, finaz slalu mengikuti satu blog teman finaz…
daripada situ mula timbulnya minat untuk finaz berkongsi pendapat dengan orang-orang lain…
atau mungkin juga untuk meluahkan perasaan yang sekian lama terpandam dalam hati dan minda finaz selama ini…

tapi bersediakah finaz untuk membuka segala inti pati yang berselirat dalam benak fikiran finaz ini..?
segan pula jika difikirkan kerana melalui titipan yang finaz tulis disini mungkin people can judge me… the me “inside”… bersediakah finaz untuk berkongsi??

tapi finaz akan berusaha untuk menitipkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama..
dan finaz harap, teman finaz itu terus berkarya dalam blognya..

keep on writing ya dude…because you are my inspiration…
(and today is his 29th birthday..!! happy birthday “bai”..ahaks)
=)



foot note: skema la pulak bahasa.. hehe..