Hanya Di Radio


"Tetapi sayang hanyalah di radio
Bilakah dapat kita bertentang mata"
~ Hanya Di Radio, Headwind


Dipendekkan cerita, saya telah menang satu pertandingan hari tu.
Dapat jadi Deejay di Radio Era FM untuk satu jam.
Pertandingan apa?
Hai, pastilah ada kena mengena dengan orang ini.

Hanya dengan menjawab 3 soalan mudah, maka saya telah dipilih sebagai pemenang! (mungkin kerana tiada saingan yang hebat agaknya)
Hehhee… Sila cemburu kalau mahu (ceh, ada ke yang nak jealous tu…?)

Soalan No.1: Apakah jenis darah Imran Ajmain?
Jawapan: O
(pengakuan berani mati – jenis darah sendiri pun tak tahu sebenarnya… -_-“)

Soalan No.2: Imran Ajmain berzodiak apa?
Jawapan: Taurus
(oh, ini soalan mudah. dalam album sulungnya terang-terang ada satu lagu yang bertajuk ‘Taurus’)

Soalan No. 3: Apakah nama penuh Imran Ajmain?
Jawapan: Ahmad Imranullah Ajmain bin Ahmad Husaini Ajmain
(sebenarnya saya jawab Ahmad Imranullah Husaini Ajmain. tapi kira boleh diterima la jawapan saya tu)

Maka dengan itu, saya telah dipilih sebagai pemenang!
Dapatlah berjumpa lagi.







Tapi sebenarnya saya nak sangat tengok showcasenya di Singapura akhir bulan Disember nanti.
Harap pertandingan itu pun saya menang juga ya!

Amin…!


"Kau Sedang Buat Apa??"


As on 14th November 2009, this is what I was doing:-

1. 6:35am – Bangun pagi, capai handphone, update twitter pasal mimpi best malam tadi (hehh…)

2. 7:50am – Sampai ofis, capai handphone, update twitter pasal jalan tak jem hari ni (double hehh…)

3. 8:20am – Sambil tengah check e-mail, facebook & upload gambar dekat facebook, tetiba dengar bunyi “citt, citt…” dekat belakang. Mungkin Cik Siti sedang sarapan pagi agaknya.

4. 8:25am – Saya menjerit macam perempuan! (euuww…) Cik Siti buat penampilan mengejut! Haiyoh… Bikin ribut saja pagi-pagi.

5. 9:15am – Sedang berfikir untuk keluar lunch awal. Mahu tengok ‘Pisau Cukur’ dekat Alamanda.

6. 10:08am – Sedang stress dengan Incik CM yang sibuk-sibuk bising pasal VO Works. Benci, benci…!!

7. 11:33am – Sudah lebih 11:30am. Masih belum dapat decide mahu tengok ‘Pisau Cukur’ atau tidak. Akhirnya berjaya membuat keputusan pada pukul 11:53am. Terus ke Alamanda.

8. 2:26pm – Sudah pulang ke ofis dari Alamanda. Misi untuk menonton ‘Pisau Cukur’ gagal kerana orang ramai sangat. Isyh, kacau daun betul!

9.


Ehh? Dah cukup 8 lah! Alaah, baru nak masuk pukul 3. Takpe lah. Entri yang lain pula. Hehh, my work is DONE! :)


“So Pick Me, Choose Me, Love Me”


Hahha, I suppose to update the entry early this morning. Instead, I was Googling something else pulak. Well, curiosity always get me distracted.

Ok, sebenarnya cerita dah lama.
Tapi tak berkesempatan pula untuk ditulis.

Pada 17 Oktober yang lalu, saya berjaya untuk bertemu lagi dengan orang ini.
Hee, ok-ok. Saya bukan psycho ya…
I’m just showing the support; like a fan should do.
Being supportive! Yeap!
So, here’s the picture.




He was singing SUTS and Raya Song [err.. forgot the title already (-_-")]



Sempat ber'tweet' lagi! :P



Tengok konsert pakai baju kurung. Semangat betul! The concert was suppose to be a raya show ye people. That's why.



And.. With the PA :)


Owh, pada malam itu juga, muka saya berjaya masuk TV!
Hahhaha… Tapi tv9 lah.
Saya tahu, mesti ramai yang tak tengok tv9 kan…?
Padan muka tak dapat tengok muka saya enterframe dalam tv :p

Rasanya, sudah bolehlah kiranya saya dedah rahsia tentang panggilan yang saya terima pada entri yang lepas.
Jika anda berminat, silalah layari website ini:


http://www.jikaengkaupergi.com/

Jangan lupa untuk melanggani juga ya?
Mungkin, anda antara yang bertuah.
Kenapa?
Incik Imran ini sedang mengadakan pertandingan di mana hadiah-hadiah yang akan ditawarkan kepada pemenang adalah:
1) 100 fans dapat pergi Fans Meet & Greet karaoke session di Red Box,
2) 100 fans dapat Album + Poster + Booklet Limited Edition,
3) 2 fans dapat ke Singapura tengok showcase

Isyhh, siapa yang tak nak tu…?
SAYA MAHU…!!!

Caranya mudah sahaja.
Sila layari
http://www.imranajmain.com/ untuk maklumat lanjut.
Ok?
Till next entry.
Daa…



p/s: hee, hari isnin yang lalu, saya dapat panggilan dari Singapura lagi.



Nota telinga: Jangan lupa, jika ada yang bertanya, “Bagaimana anda dapat tahu pasal info ini, kata; Saya yang beritahu!” kerana – SAYA MAHU PERGI TENGOK SHOWCASE IMRAN AJMAIN DEKAT SINGAPURA…!!!