Watashi no Heya


Saya telah di tag sekali lagi oleh Miss Believe. Sangat mencabar tag kali ini ya. Siap kena main lukis-lukis pulak. Tetapi oleh kerana saya ‘rajin’ yang lebih banyak bermaksud malas hendak buat kerja-kerja ofis yang tak habis-habis, saya sudi meluangkan banyak masa untuk menjawab tag Miss Believe ini.


term;

  1. Anda diminta melukiskan gambar / menepek gambar bilik anda...anda di minta menerangkan serba serbi tentang bilik anda.

  2. Anda juga diminta menerangkan setiap fungsi item yg terdapat didalam bilik anda.



So, here the story goes people…


  1. Katil – double storey, queen + single size
    Saya berkongsi bilik dengan adik perempuan saya. Jadi kami tidur di katil yang bersaiz queen. Untuk katil single di atas, haa…kat sini Macam-Macam Ada. Kotak-kotak buku masa study sampailah ke mainan anak buah yang tidak dapat dibuang kerana takut ditanya pula kelak oleh beliau.

  2. Rak Almari (hampir roboh ye rak ni kawan-kawan)
    Dalam rak ini, terdapatnya pelbagai koleksi pinggan mangkuk yang lama-lama dimana saya rasa layak di hantar ke Arkib Negara. Rak ini juga tidak dapat saya hapuskan dari bilik saya kerana mengikut kata ibu saya – ‘Sayang la…Elok lagi…’

  3. Meja Komputer merangkap Meja Study
    Sudah lama saya tidak menghadap meja komputer ini. Anti-virus pon sudah lama tidak di apdet.

  4. Old Skowl Speaker (sama cam Cik Norma – kite pon ade speaker lame tau. Ayah kite tak kasik buang…huk..huk.. T_T)
    Oleh kerana speaker lama ini juga tidak dapat dihapuskan, makanya saya letakkan printer saya di atasnya. Sebenarnya ada 4 buah speaker lama dalam bilik saya – semuanya sudah ‘kong’. Tapi saya tak buleh buang juga…huhuhu
  5. Meja kecik tempat letak radio & cassettes (koleksi nih. Ade Nsync, Britney, BSB, Alicia Keys, etc. etc…)
    Oh, sungguh lama saya tidak mendengar radio dari dalam bilik. Saya hanya dapat mendengar radio semasa di dalam kereta sahaja. Itu pun semasa pergi dan pulang dari kerja. Dan saya juga sangat sayang koleksi kaset saya itu (sanggup tau kumpul duit mase sekolah dulu nak beli kaset).


  6. Almari baju (yang nak masuk baju pon da tak muat…ehhe)
    Almari ini hanya akan ada ruang jika saya lama tidak menyusun baju-baju saya yang sudah dibasuh ke dalamnya. Lazimnya, baju yang sudah dibasuh ini akan bergelimpangan di hadapan rak buku saya. Bukan malas, tapi penat+sibuk+letih+vitamin M yang melampau. (hahaha…ape punye anak dara laa…ngee…)

  7. Rak buku
    Ok, di sini letak buku le… Untuk bahagian atasnya banyak terdapat barang-barang adik saya.

  8. Cermin
    Sesungguhnya saya sangat jarang menghadap cermin ini kecuali jika saya tengah menghadap computer, baru saya akan pandang…saya pon tatau kenapa…pelik kan saya…?


Sebenarnya, banyak lagi yang tiada dalam lukisan di atas, oleh itu saya describe lagi item-item yang tertinggal.


  • Kipas
    Dalam bilik saya ada 2 kipas – Satu, kipas dinding. Satu lagi kipas berdiri. Panas kot sampai kena pakai 2 kipas satu bilik

  • Kerusi study
    Saya tak lukis dalam lukisan kerana nampak seperti sangat ‘semak’. Muehehe…


  • Barang-barang yang tak boleh diguna
    Bilik saya terdapat banyak barang-barang yang tidak boleh dipakai. Tapi saya tidak mendapat keizinan untuk melupuskan barang-barang ini. Kadang-kadang saya rasa bilik saya seperti store pula. =(


Bilik saya sangat sempit.
Any how, things gonna change – soon.
Tunggu ya kawan-kawan



Nota kaki: 2 gambar je yang sempat edit – gambar-gambar lain, kureng seswai…eheh…


Drowning On Dry Land


These few days
I feel like I wanna hide
To place where no one will ever find me
I wanna cried my self out

I feel like I’m drowning
Suffocating…

It’s just…
I feel lonely whilst everybody is around me
I feel like the whole thing is against me

The future seem so blurry
Career, life, everything

Exam Fever


Stesen radio: Hangat fm

Hah, lama betul betty tak apdet blog. Bukan tidak ada cerita tapi sibuk a.k.a. malas hendak menekan papan kekunci. Lebih-lebih lagi semalam – selepas Incik Boss awal-awal pagi sudah panggil masuk ke biliknya untuk Staff Appraisal. Keputusannya? Hagak mengecewakan… huuhhu… T_T


credit photo: cartoonstock


Ok, nak cerita pasal topik pagi kat radio pagi ni. Jikalau lah dapat kembali ke tahun 2001 (untuk betty la kan…), kertas peperiksaan SPM yang manakah yang betty ingin ambil semula…? Secara jujurnya, kalo buleh, betty tak mahu lagi untuk menduduki peperiksaan besar peringkat sekolah menengah ini. Huwaah, stress gile!

Any how, sejurus mendengar topik ini ke udara pagi tadi, terus betty terfikir mungkin betty teringin sekali untuk ambil semula kertas-kertas subjek elektif yakni:-
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi (kalau boleh)

Kenapa? Untuk 3 subjek yang pertama, betty akui I didn’t do well during the exam. Tidak belajar dengan secukupnya. Mungkin kerana mental block – otak telah dipengarahui oleh kata-kata insan-insan yang lebih senior tentang ke ‘thrill’ an subjek tersebut membuatkan betty rasa subjek-subjek ini terlalu susah bagi betty. Dan sesungguh saya amat kesal tentang itu kerana setelah masuk Uni, saya sebenarnya seorang insan yang boleh belajar. Silly me…

credit photo: cartoonstock


Untuk subjek biologi pula, sebelum betty berpindah ke sekolah teknik, betty mengambil mata pelajaran ini dan as far as I learnt, saya amat suka subjek ini. Mungkin kerana cikgunya yang pandai menyampaikan isi kandungan pelajaran. Kalau tak silap, Puan Sarzini namanya. Pernah mengajar mata pelajaran sains semasa betty Tingkatan 1. Namun, setelah betty bertukar sekolah, subjek ini tiada dalam kursus tetapi diganti pula dengan subjek-subjek teknikal. Penangan drama siri kegemaran betty juga membuatkan betty terfikir – “Ruginye tak amek bio dlu…” =(

Dan mungkin, jika betty belajar dengan lebih kuat dan berjaya menjawab kertas peperiksaan SPM dengan baik 7 tahun dulu, betty mungkin berjaya seperti rakan-rakan betty yang berjaya.

But again, saya bersyukur dengan keadaan saya sekarang ni. Even sometimes I envy those people who more successful than me, tetapi ada juga segelintir rakan-rakan betty yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan saya. Betul?



Nota cardio: Make peace with the past, so it won’t spoil the present.