Sepi – Review


Keselurahannya, Sepi merupakan sebuah filem yang menarik. Apakah maksud ‘Sepi’ yang sebenarnya.
Sepi kerana tiada teman sejiwa (soulmate)
Sepi kerana tiada penyeri hidup
Sepi kerana tidak mahu menerima perubahan dalam hidup

Impak cerita ini tidaklah sehebat mana. Mungkin ada beberapa babak yang berjaya membuat finaz membebel keseorangan semasa menonton. Tidak puas hati dengan dialog yang diucap pelakon, terutama semasa kisah ‘Sufi, Marya, Zain’.

Mungkin finaz bias, mungkin finaz klise dengan standard filem dan budaya melayu tetapi menggoda atau kata lain ‘mengurat’/ ‘mengusha’ isteri orang lain bukanlah satu langkah yang bijak. Terutama sekali jika si empunya diri baru kehilangan isteri dan mengabaikan anak (yang rajin… sanggup buat bekpes untuk papa nya, tapi sikit pon tak dijamah… citt…!)

Babak lain yang menarik:-
- Sewaktu perlanggaran kereta Sufi dengan Imaan (yang sedang mengejar Khalil). Fwahh… sangat dasyat! Dan menarik! Nicely done…!
- Sewaktu pementasan teater ‘SEPI’; sajak yang disampaikan Ean. Sangat touching…
- Sewaktu Imaan cuba mengajar Ean cara mendeklamasikan sajaknya dengan betul. Sangat touching juga…
- Sewaktu Adam pretending like he doesn’t know the name of the Groom dan semua tetamu whispering to the others the right name dan kemudian Adam slightly increase his voice, “Saya tau la nama dia…!” Kelakar sungguh.

Kisah yang paling finaz tertarik, kisah sepi yang pertama (Adam, Suzie, Ilyana) dan yang ketiga (Imaan, Khalil, Ean)
Untuk kisah sepi yang pertama.
Ringkas dan menarik. Teringat kepada ‘orang itu’ sepanjang cerita Sepi yang pertama ini. Seorang lelaki; fizikal agak chomeyl, bekerjaya, tahu apa yang diiginkan dan diperlukan (terutama dalam penyediaan kek…) tetapi ‘tiada’ teman sejiwa. Ayat yang tepat, masih ‘belum bertemu’ teman sejiwa. Tika hatinya mula terpikat, semuanya sudah terlambat. (ehem…for ‘orang itu’, hope u r not too late…huhhu, mcm la die baca blog ni…citt lagi…!!)

Sepi yang ketiga.
Kehilangan yang berlaku di depan mata. Berlaku dengan cepat dan tidak boleh diterima oleh akal.
Meneruskan kehidupan bukanlah satu perkara yang mudah. Finaz tertarik dengan sajak nya. But thanks to Ean, dia berjaya memulihkan Imaan yang ‘hilang’ dalam dunianya sendiri. Life must go on!

Bisikku pada bulan,
Kembalikan temanku,
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia, malam menemaniku,

Sepi memelukku...
Bulan jangan biar siang, biar alam ini kelam,
Biar ia sepi sepertiku...

A New SAGA Begins


Babies are always more trouble than you thought - and more wonderful.
~Charles Osgood


Dengar tajuknya pun sudah boleh agak apa isi kandungan entri kali ini. Apa lagi, tentunya buah hati, pengarang jantung pisang finaz yang baru…

Ada beberapa orang rakan dan saudara yang memberi pelbagai pendapat setelah finaz ‘berjaya’ memiliki baby baru ini (yang masih belum diberi nama…hmm,nak panggil hape ek? any suggestion..?)


Pendapat 1: Miahaha... Cantik keta.. tapi aku dapat merasmikan keta ko kan.. coz masa kawin aku aritu keta ko jadi keta rasmi aku.. Muehehehe.. Niway thanks.. Hehehe.. (amek berkat...?? hehhe...)

Pendapat 2: mmm congrats dh ade dh kete baru leh la jln2 (time kasey...)

Pendapat 3: wahh.....kete masih bau kedai kak? Hehehehehe (bau kedai tu camne eh...?)

Pendapat 4: wah..wahh.. Dah tayang kete baru plak yerrr.. heheh (bukan tayang arr..tunjuk je..)

Pendapat 5: mcm power sgt jer kete ko.. pinjam kete leh? (kutuk ke compliment nih...?)

Pendapat 6: huiyooo finaz bli kete baru... yeyey!!! bole bwk pusing s.alam.. (huiiyooo...pusing-pusing...sampei penin...adoii..)

Pendapat 7: new girl with a new car...maybe she came from a rich family...(what...??!!?)


Dalam banyak-banyak pendapat di atas, pendapat yang ke-7 membuat finaz hendak tergelak. Kaya-kah aku? Kaya-kah keluarga ku? Bagi teman-teman rapat finaz, pasti tahu bagaimana kehidupan finaz sekeluarga kan? Bukan kaya tapi sederhana. Ayah dan ibu finaz hanya membantu sebahagian sahaja sebagai duit ‘gedeban’.

Sebenarnya, I’m proud of myself. Betul, setelah lebih kurang 9 bulan bekerja, finaz mampu memiliki kereta. Kereta sendiri yang dibayar sendiri. I’ve own an asset now! Aset milik finaz sendiri. Bukankah itu satu pencapaian (at least for my own self la kan...). Perlu juga finaz tegaskan di sini bahawa memiliki kereta bukanlah untuk berlagak ye... Kereta itu satu keperluan. Ngerti?



nota kaki for Kris: Da kurang skema da kan…? Mueheheh…