Tanjobi o Omedeto Finaz-chan!!!


Alhamdulillah, tanggal 17 Mac yang lalu, finaz telah dipanjangkan lagi umur oleh Allah SWT. Syukur ya Tuhan. Dan telah menjadi rutin tahunan keluarga finaz, setiap kali ada ahli keluarga yang menyambut hari lahir, mesti ada keknya. Tak kira lah besar/kecil, mahal/murah, kek untuk meraikan tuan punya hari lahir mesti ada. WAJIB!

Jadi, pada hari Isnin yang lalu finaz, along dan adik ke Gardens & Mid Valley untuk membeli kek ulang tahun hari lahir finaz. Hendak dijadikan cerita, bulan ini, ada 2 orang ahli keluarga finaz yang menyambut hari lahir. Finaz & adik perempuan finaz. Oleh itu, kami bersepakat untuk membeli kek yang agak best memandangkan sambutannya untuk 2 orang.

Terfikir juga, kek apa ya yang sedap dan best? Kalau ikut perancangan awal, finaz dari mula lagi telah memberi request, “Angah nak kek aiskrim tau. Aiskrim chocolate chip vanilla”. Itu lah yang tekak finaz inginkan. Kebetulan adik finaz juga mahukan kek aiskrim juga (sibuk je tiru orang Qila nih… =p). Atas cadangan kakak, kami setuju untuk membeli kek aiskrim dari Baskin Robin di Mid Valley.

Setelah menyusahkan mamat-mamat yang bekerja di Baskin Robin, bertanya itu dan ini, akhirnya kek yang diingini pun berjaya dikesan. YES! Memang teruja. Ya lah, bukannya selalu dapat makan kek aiskrim. Setahun sekali je. Baskin Robin lak tu, siapa lah yang tak suka. Kan? Muehehe…

Sempat juga finaz berpesan kepada pekerja Baskin Robin supaya meletakkan dry ice banyak-banyak. Takut cair pula kek itu dalam perjalanan pulang nanti. Pekerja yang agak “mesra” itu meyakinkan kepada kami dengan dry ice yang diletakkan itu, ianya mampu menampung dalam 1-2 jam perjalanan. Lega kami.

Sampai di rumah, ayah finaz telah pun pulang dari kerja. Selalunya, jarang sekali finaz dan adik beradik yang lain dapat meluangkan masa bersama ayah. Kerja tak kira hari. Mungkin kerana ada sambutan yang ingin diraikan di rumah, ayah dapat balik awal semalam. Maka, bermulalah sambutan hari lahir finaz dan pre-birthday untuk adik finaz. Hmmm, sedapnyeee dapat makan kek aiskrim!



***




Keesokkan hari, finaz bangun lebih awal daripada biasa. Hajat di hati,


“Hari ini breakfast boleh makan kek aiskrim… Yea, yea…”


Dan finaz pun bersiap seperti biasa. Dari bilik, tiba-tiba finaz terdengar adik finaz bertanya kepada ibu,


“Ibu, kenapa?”


Finaz pun berlari turun ke bawah. Mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepada ibu. Finaz pun mengulangi pertanyaan yang sama kepada ibu. Dan jawapan yang didengari cukup-cukup mengecewakan dan berjaya memurungkan finaz sepanjang hari.


“Plug peti ais off rupenye. Habis kek awak dah leper…”



Huuwaaaaaaaa…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ke-3 Tahun Baru Cina…


Seperti biasa, finaz bekerja. Seperti hari-hari dan minggu-minggu yang lepas. Tetapi hari ini ada kelainannya. Nak tahu kenapa? Kerana hanya 5 orang sahaja yang “rajin” hendak datang ke tempat kerja. Bukan datang untuk bekerja yang pastinya. Tetapi hanya menghadirkan diri.
Dan mungkin juga kerana niat yang mungkin tak pasti arah tujunya, hendak dijadikan cerita, internet connection di ofis finaz pula bermasalah. Termasuklah dengan mesin fax dan photostat. Aduh… Nak buat kerja apa lagi ni?

Kalau ditanya finaz, apa perancangan hari ini? Finaz lebih senang mengaku yang niat sebenar finaz datang ke tempat kerja kerana hendak menghabiskan men”download” cerita “Transformers” dan “My Girl”. Muehehe… Mungkin kerana niat yang tidak betul inilah punca segala masalah yang timbul hari ini.
Jadi apa yang perlu finaz buat dikala ofis ini sunyi sepi. Mengarang blog lah, apa lagi??

***

Semalam finaz ke Kampung Pandan. Mencari di mana letaknya Institut Baitul Mal. Kenapa? Kerana hari Sabtu minggu hadapan finaz dikehendaki menghadirkan diri untuk sesi temudaga bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Ada juga abang ipar finaz bertanya “Betul ke Shasha nak jadi PTD ni?” Dan jawapannya “ENTAH”
Betul, entah lah. Finaz pun tidak tahu apa yang finaz hendak dalam alam perkerjaan ini. Asalkan gajinya berpatutan, mungkin itu sudah memadai. Betul!
Tetapi kalau dapat pun jawatan ini, bagus juga. Boleh ke tempat orang, meluaskan pandangan dan pengalaman.

Bercakap mengenai pengalaman, hari Ahad yang lepas, sewaktu finaz dan teman-teman seperjuangan mengadakan sessi “open table” di Ittaliannies, One Utama, finaz ada menyuarakan hasrat untuk kami bersama-sama meluaskan pandangan ke tempat orang. Dan alhamdulillah, hasrat finaz ini disambut baik. Walaupun bukan keseluruhan tetapi tetap diterima. Thanks girls!!!
Destinasi pertama kami???



TUNGGU…



**sebenarnya entry ni dah ditulis lebih 3 minggu yang lalu… tapi baru hari ni sempat untuk di “upload” kan… heheh…**



Nota telinga: Kawan-kawan, g kumpul duit skang…Jom jalan-jalan… =)