Cinta Kosmik


Erghh, tajuk tak boleh blah!
Makluman, tu sebenarnya tajuk single terbaru kumpulan Fabulous Cats ye.
Dengarlah stesen radio tempatan (eg: Era fm / Hot fm) kalau nak tau lagu tu macam mana.
Ngeh!


Seperti ramai yang sedia maklum, saya dan adik telah pun ‘menggedikkan’ diri untuk pergi tengok Alibi Cosmic Concert yang bertempat di Wisma Bentley, Mutiara Damansara.
Well, dapat pergi konsert ni by invitation je tau.
Kena register nama. Tiket tak jual tau.

Ramai gak lah artis yang buat persembahan.
Biasa-biasa je konsertnya. A-la sopan-sopan gitu.
Fans yang datang pun malu-malu kambing nak terkinja-kinja.
Serius sopan.


Him, as usual

Oh, did I mentioned Awal Ashaari is a singer now?

Dayang!

Barisan artis Alibi Muzik

Tapi yang pasti, waktu Sleeq buat persembahan, Aqila tetiba menjerit bagai orang gila.
Sampai orang duduk row sebelah terus pandang.
Siapa tu..??
*ehem, ehem…* siapa lagi..??
Orang tu la. Malas lah nak mention nama dia.
Tak habis-habis asyik promo orang yang sama je, kan? Hee…

Sleeq and Aqila

Me and Awal (hehhehee...)

Konsert habis pun dalam pukul 11:00 lebih.
Dapat ambil gambar sikit je.
Dengan orang tu, saya tak ambil pun kali ni.
Kenapa eh?
Dah balik rumah, rasa menyesal pulak.
Kalau tak boleh tambah koleksi gambar dengan Imran Ajmain lagi.
Eh? Tersebut jugak! Aisyhh... -_-"

Hari Keluarga Proton 2010



Ok, tak mau lah berceloteh panjang.
Ini pun dah ada orang yang complaint kata saya ni detail sangat.
Fine, fine. The next 2-3 entries will be a short one.
Just for the sake untuk update entri sahaja.
Harap maklum.

Secara ringkasnya, on the 9th of Jan yang lalu, saya ambil EL.
Segala phone calls dan sms tidak akan dibalas (padan muka dengan Incik CM yang tegar mengganggu saya sepanjang hari itu. chehh...!)


See, see. Khemah besar boleh muat 20,000 orang. Betul!


Well, the highlight of the day semestinya sebab ada Tun Che Det.
Gila ah! Dapat berdiri depan-depan pun tak dapat nak shake hand, kerana kakak saya terkena 'starstruck'.
Dia jadi stone depan Tun, sehingga saya pun tak dapat nak salam Tun.
Agak kecewa di situ.

Tun Che Det yang semangat nyanyi lagu Negaraku


Lain-lain selebriti yang dijemput; Mila, Nabil Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Amy Mastura & Ramli Sarip! Malangnya gambar Papa Rock tak dapat nak ambil kerana bateri kamera udah 'kong'. Papehal pun, sememangnya layak lah Ramli Sarip itu digelar Papa Rock.
Memang rock habis!