Email My Heart


Maybe, I did go to the top of mountain.
Maybe I went there in my dreams.
Because, magically, the things that I want / wish come true…!
How exciting is that?




This actually an email that I wrote to my friend, Kristin.
She’s in Doha currently.
We kind a have similarity in terms of keterujaan melampau tentang sesuatu.
Especially our craziness in admiring people that we like.
Hihhi…


***

Heylo my dearie Kris..

ADUH, sesungguhnya orang masih lagi tengah terbang melayang ni..
Ok2.. Here the stories goes..
Last Saturday, masa orang baru lepas balik keje, tetiba orang dapat call dari Faliq (Imran's PA) kata Imran ada show kat SACC Mall.
After buka, orang ngan family (di ulang - FAMILY) pun pergi la ke SACC tu.
Punye la excited smpai masa buka tu pun makan skit je.
Terus kenyang sebab nak jumpe Imran!
kahkahkah...
Sampai2 je Imran baru je nak start nyanyi.
Jumpe PA dia, borak2 kejap, tgk dulu la die perform, pastu baru serang die.
Tapi biase la kan, audience lain mesti la berebut-rebut nak amek gmbr ngan die..
So orang duduk la lepak dulu.
Borak-borak ngn PA die lagi, amek gmbr ngn PA die.
Masa orang amek gmbr ngn Faliq tu, orang lain pandang ktorang lain macam jek.
Maybe dorang ingat Faliq tu pun artis kot, tapi dorang tak kenal..
hahhaha...
Then lepas sume orang da reda, Imran sendiri datang jumpe orang!
Woooaahhh, gile best!!
Tak yah nak rebut-rebut.
Pastu suro la die sign CD yang die tak sempat sign tu.
Layan my nephews. Amek gmbr ngn dorang.
Huu, best, best..!!
Macam dah jadi family jek (gile perasan! hahhaha)
Kira macam kitorang je yang conqure Imran malam tu.





Hari Ahad pula, keluar utk last minute shopping before raya.
Masa jln2 tu, cek twitter, skali Imran update kate ada show pulak kat Curve around 8:30.
Dengan gile, orang decide nak pergi tgk lagi skali.
Hahha.. Tapi this time, tak nak la tengok dekat-dekat.
Berdiri tengok kat level 1.
Segan la 2 days in a row nak serang die.
Tapi orang bagi je sms kat PA die ckp orang ade kat situ.
He was surprised la jugak.
Lepas habis show, masa nak balik, the PA called orang tanye orang kat mane and ajak jumpe belakang stage.
So jumpe la kejap. Borak-borak.
Masa ni Imran tgh bergambar lagi.
And after that, die datang balik jumpe kitorang.
Hihhi.. But this time orang da behave sket la compared to yesterday.
Jaga manners sket la.. Takde amek gmbr pun..
But he's happy to see that orang sanggup datang lagi tengok show die..

Sangat seronok bila dapat jadi rapat mcm skng.
I think we're more like a friend now.
Perasan!

Gmbr orang da upload kat fesbuk.
Profile picture orang tu, gmbr orang ngn PA die..

=]

***

So friends, that’s my sweetest memory ever so far for this year.
Who said that 2009 is a bad year?
Not for me I guess.
And I hope, all the nicest things keep on happening till the end of the year and last for the rest of my life.
Syukur, Ya Allah.



Filtered Survey


Bosan.
Layan survey.
Di ambil dari
sini.
Pakai tajuk yang sama sebab saya tak jawab semua soalan.
Hanya jawab yang saya suka saja. Ngeh… :B


Have you ever laid on a bed and stayed there for no reason at all?
# Yeap, mesti lah pernah. Baring-baring. Golek-golek. Nak baring atas katil pun kena ada reason ke?

Do fish belong in water or on your dinner plate?
# Ikan-ikan yang pelik dipersilakan tinggal di dalam air sahaja. Sekian, harap maklum.

Do you hate being the first person to start a conversation?
# Kalau formal conversation, ya, saya memang tak suka. Tapi jika borak-borak kosong terutamanya tentang topik yang saya suka, saya bersedia bercakap tanpa perlu dipaksa.

Would you rather die or eat another human being?
# Sesungguhnya saya bukan la pemakan daging yang tegar. Daging lembu pun saya jarang-jarang makan, inikan pula daging manusia. Makanya, dengan rela, biarlah saya mati. Innalillah.

Seafood is disgusting, isn't it?
# Bergantung. Makanan laut yang biasa-biasa seperti ikan, udang, udang kara, ketam, itu semua ok. Tapi yang pelik-pelik itu, terima kasih ajalah. Pelik dan ‘menggelikan’..? >>Tak baik betul cakap makanan macam ini. Sila jangan tiru ayat saya. Ngee…

Would you marry someone if you thought their parents were insane?
# Err, mungkin tidak. Takut la. Adakah gila ada terkandung dalam gene seseorang? Kena rujuk kepada pakar ni.

Have you ever been stuck in a certain position for minutes or hours?
# ‘Posisi tertentu’…? Hmm, saya kurang pasti. Mungkin belum pernah lagi.

What do you do if someone offends you? (by purpose or accident)
# Oh, saya akan cuba mengawal perasaan saya. Saya jarang mengeluarkan kata-kata kesat terutama dalam keadaan-keadaan yang cemas. Tapi dalam otak saya, hihhi, habis semua sumpah seranah sudah saya hamburkan kepada orang yang kurang ajar itu.

Would you ever jump off of a cliff if you were surrounded by wolves?
# Jika saya panggil Incik Edward Cullen, bagaimana…? Hehhe…

Is webcam good or bad?
# Teknologi adalah bagus. Tapi gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Kalau pengguna tidak menghargai teknologi yang hebat ini, maka ianya akan menjadi sia-sia belaka.

Do you see the person you like/love in your dreams?
# Ya…! Saya pernah. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh dapat mimpi yang indah itu. Satu pengalaman mimpi yang kalau boleh, saya mahu save dan simpan elok-elok dalam cakera keras otak saya. Malangnya, memori manusia terhad. Semakin hari, semakin hilang kenangan mimpi indah itu. Huhhu…

Do your parents/guardians always disapprove of the people you date?
# Dulu, ketika umur saya belum mencecah 25 tahun (uhuk…), mereka (terutama Ibu saya) sangat risau akan saya. Tapi sekarang (terutama Ibu saya) mereka seperti sudah boleh percaya kepada saya. Oh, saya pernah bertemu janji dulu, tapi mereka tidak tahu. Selepas jumpa baru tahu. Temu janji bodoh-bodoh saja. Nasihat saya, jangan ikut perangai saya. Sangat bodoh tindakan ini. Dengarlah.

If you had to live on $1 a day, could you do it?
# Mungkin boleh. Duduk rumah sahaja. Pastikan semua makanan dan keperluan harian semua ada. Keluarga saya tahu bagaimana berjimatnya saya (tapi kebelakangan ini selalu kesempitan wang pula. Aisyhhh…)

Is pink too girly?
# Jika penggunaan warna merah jampu yang keterlaluan, semestinya kelihatan terlalu ‘perempuan’. Dan saya tidak suka orang kata saya macam ‘perempuan’. Kamu tahu? Saya tak suka. Geli lah.

Is black too emo/goth?
# Oh tidak. Hitam itu menawan. Misteri dan tampak eksklusif. Elegant!

If you had to shout something from a mountain top, what would it be?
# Isyhh, saya malu lah nak tulis kat sini. Tapi saya nak tulis jugak – “Imran Ajmaiiiinnnnnn..!! Bila kita boleh jumpa laaaggggiiiiiiiiii………..??????!!!!”



1 Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Bahagian II)


Ok, mari kita sambung.

Tak sampai 20 minit. Mungkin 12 minit rasanya, pomen ENEOS pun sampai.
“Buka boot eh…?”
“Haa, bukak lah”
Sesungguhnya saya sangat sengal masa ni.
‘Dah tau nak buat jump start kenalah buka boot. Buduh, buduh…!’

“Cuba try start balik.”
“Cuba try start balik?”
“Haa, cuba try start balik”

Bismillahirahmanirrahim.

BERJAYA…!

“Alhamdulillah. Bateri eh?”
“Bateri. Tapi make sure jangan mati enjin la pasni. Nanti die tak boleh start balik”
‘Tak boleh g Sunway ar ni’
“Ok lah. Kita balik umah terus lah”

Tetapi, idea untuk terus balik rumah tu tidak disambut baik oleh adik-adikku.
“Ngah, Abang Bart kata tukar bateri terus”
“Haa? Tukar bateri? Bateri ni bape pulak…?”
“Kalo bateri yang camni dalam RM200 camtu la”
“Ngah, Abang Bart suro tukar bateri jugak”
“Ok la, ok la. Tukar lah. Bang kedai kat ne? Tak tau ni”
“Takpe, takpe. Kitorang escort”
“Jangan laju-laju tau”

Sepanjang perjalanan kami ke bengkel ENEOS tu, entah berapa kali enjin kereta tu mati.


‘Tenat betul bateri ni dah rupenya. Kalo lah aku terus balik tadi, mau tido atas jalan pulak!’

Setiap kali enjin mati mesti saya jerit,
“Bang, bang..!! Dia mati balik”
Hai, nasib baik la mamat tu cute.
Sejuk sikit hati yang sememangnya dah cuak nak mati ni.
Muka pucat, toreh tak berdarah – kata adik yang lagi satu.

Makanya, semuanya selamat selepas bateri kereta itu ditukar.
Rasa macam lama sahaja terperangkap dengan kejadian malang ni.
Tapi bila tengok jam, semuanya selesai lebih kurang pukul 8.30 malam.
Hanya 1 jam!
Tapi rasa berkurun tau…!

Dan selepas itu, kami bertiga masih lagi boleh pergi ke Tropicana Mall,
Kemudian ke Sunway Pyramid,
Makan a.k.a berbuka di McD Seksyen 3, Shah Alam,
Dan usha Crocs di Seksyen 7. Dapat la sambar satu. Hehhe…

Kami sampai rumah lebih kurang pukul 1.40 pagi.
Pukul 4.30 pagi, bangun sahur.
Huuh, beginilah cerita saya dalam menyambut Hari Kebangsaan yang ke-52.
Sekian.



nota kaki: Tajuk takde kena-mengena ngan cerita. Gaggaga… :D



1 Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Bahagian I)


Tanggal 30hb Ogos 2009.
Satu kejadian malam merdeka yang tidak dapat dilupakan.
Nak tahu tak?
Di saat umat Islam (yang berpuasa) sedang menikmati juadah berbuka,
Saya dan adik-adik berpeluh di parking lot level 3 One Utama.
Kenapa?

KERETA SAYA TAK BOLEH START…!!!

Dengan hanya berbekalkan air susu coklat Dutch Lady dan roti ikan bilis Hi-5,
Saya sudah mula panik.
Ingat mahu lapik perut sahaja.
Perancangannya, lepas ke OU mahu ke Sunway Pyramid pula.
Berbuka dengan sempurna di sana.
Tapi malangnya, hajat itu tidak kesampaian.

Panggil-panggil security guard,
“Bang, boleh tolong tengok kan tak? Kereta saya tak boleh start”
“Hmm, saya pun tak tau sangat pasal kereta ni”
“Habis macam mana ni bang? Takpelah, saya cuba start balik kejap lagi”

Tapi dalam hati,
‘Bodoh punya guard. Ko jaga parking, ko kenalah tau pasal keta!’
Sabar-sabar.

Ikmal kata, “Call la Abang Bart. Tanya dia”
Lepas telefon abang ipar ku itu, katanya kemungkinan besar bateri yang dah kong.
Tak lama lepas tu, guard yang telah disumpah tadi datang bersama rakan-rakannya.

“Tak boleh start ye kak?”
“Ha, dah tak tau nak buat apa dah. Tadi ok.”
“Akak ada jump start?”
“Manalah ada”
“Susah lah camtu. Kalo ade jump start ok sket. Auto ke kak?”
“Ha’ah”
“Auto lagi susah. Kalo manual boleh tolak”

Ni yang agak terbakar masa ni.
‘Sekarang ko nak tolong aku ke tidak?’
Nampak macam mahu tolong, tapi asyik bagi alasan negatif je.
Mana tak hangin?
Dalam hati jangan ingat la.
Goyang habis dah ni.
‘Mau aku tido kat OU malam ni…! Huwaaa…’

Tiba-tiba, seorang lagi security guard berkata.
“Kalo saya panggil pomen camne kak? Dorang lagi tau pasal keta ni. Selalu kalo bateri nanti dorang charge RM30”
“Oh, ok lah. Tapi tu kalo bateri kan? Kalo lain tau tak bape charge die?”
“Tu saya tak pasti la”
“Takpelah, panggil je la pomen tu. Lama tak?”
“Dalam 20 minit (tapi saya dengar macam 40 minit)”
“40 minit? Lamanya”
“Tak, 20 minit. 20 minit” sambil tunjuk ‘peace’ dekat saya
“Ohh, 20 minit. Ok lah. Saya tunggu”


*Cerita ini akan bersambung Bahagian ke-II. Sabar banyak-banyak ye bulan puasa ni. :)