Staring At The Sun


It’s Eclipse!
Tapi tak dapat tengok pun.
Terperap macam jeruk mangga dalam ofis je masa kejadian the longest total solar eclipse of the 21st century itu.
Amat super sibuk sekarang ni.
Entri kali ini hanya dicatit dalam point form sahaja ya.
Oh, ini mungkin entri terakhir… untuk bulan ni.
Hee, saje bagi cuak.

OK, start.

SATU
… *blank kejap* …
Haa, da ingat. Awal bulan Julai hari tu, saya ada buat satu pesanan secara online. Tapi sampai ke hari ni masih lagi belum dapat respon daripada pihak yang di sebelah sana mengenai hal pembayaran. Haisyhh, lama betul tunggu ni. Cepat sket ye management team. Saya dah tak sabar dah ni…!

[ape da. Kate nak tules dalam point form… Ngee..]

DUA
Kenapa saya tiba-tiba sibuk dan tiba-tiba ter ‘mencarut’ dalam entri sebelum ni?
Sebab, Incik Boss juga tiba-tiba kata dia akan di transfer ke Timur Tengah akhir bulan ini.
Rescuer la konon. Katanya, projek di sana progressnya sangat lembab. So, kononnya dia dihantar ke sana untuk speed up the progress la.
Katanya. Entahlah, betul ke tidak.
Dan terus saya di sini menjadi super stress kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ‘beliau’ pergi meninggalkan Alam Warisan yang kepam ini.

TIGA
Saya menjadi sedikit lega apabila mendapat tahu bahawa pemergian Incik Boss adalah bersifat sementara sahaja.
4 bulan. Katanya.
Dan kemungkinan Incik Boss akan kembali semula ke Alam Warisan yang kepam ini untuk proses final account dan VO works yang super berlambak, yang kos nya masih belum sempat dihantar ke Client.
Yayyy…!!
*Bos, balik tau Bos. I need you.* [buat muka simpati]

EMPAT
Saya pernah terfikir mungkin kerana saya sangat ‘special’ (rujuk SATU), mungkin pesanan yang saya buat itu tercicir.
Saya berharap a.k.a berangan, untuk made up the things kan, the Management Team yang menguruskan hal pembelian tu akan buat penghantaran ke rumah saya directly by-hand.
Wooow, itu adalah super best!
Mari-mari. Silalah datang ke rumah saya.

LIMA
Speaking of rumah.
Mungkin hujung bulan ini saya akan kembali ke rumah saya. Yaayyy.
Oh, pada siapa yang tidak tahu, saya dan keluarga sekarang duduk menyewa.
Ada sedikit proses ubah suai yang dilakukan terhadap rumah saya.
Sangat teruja juga mahu melihat transformasi itu. Saya sendiri tak sempat nak menjenguk keadaan semasa.
Nantilah, ada masa saya apload gambar ya…
Yang pasti, mungkin saya kena apply MC lagi.
Sakit pinggang woo masa nak angkut pindah barang nanti.

ENAM
Mood swing saya tidak menentu kebelakangan ni.
Sekejap saya happy.
Sekejap saya sedih.
Kejap rasa mahu menangis.
Tiba-tiba senyum tak bersebab.
Pelik betul.
Kenapa eh…?
Boleh tak jika mahu gembira sentiasa.
Macam yang Meredith pernah cakap,


‘The waiting is fun. And we need fun. From now on I wanna be bright and shiny.’


But, what’s the thing that I’ve been waiting for huhh? Ooo, maybe that ‘by-hand delivery’ thing haa…
Gaa, I’m dreaming again.
(-_-“)


Enough is Enough (No More Tears)


Heylo…
Bersarang sudah laman ni rasanya.
Bermula dari tahunya pemergian “The best Daddy that you could ever imagine” itu, terus idea untuk menulis menjadi terencat.
Hendak mengomel tentang insan yang dikatakan genius muzik itu pula, sudah terlalu basi rasanya. Dan terlalu overrated.
Resam manusia kan?
Bila sudah tiada baru reti untuk menghargai.

Tiada apa yang menarik pun yang saya lalui sepanjang proses ‘berkabung’ saya.
Cuma yang pasti, baik di ‘pejabat’ mahu pun di dalam kereta, hanya CD ‘Number Ones’ dan ‘The Essential’ sahaja yang sering diputar.
Jika sudah bosan mendengar lagu-lagu Inggeris, ‘Dengan Secara Kebetulan’ pula yang digantikan.

Hidup sangat mendatar akhir-akhir ini.
Cuba untuk rencahkan dengan perkara-perkara menarik, tapi hasilnya tetap tawar.
Pernah saya terfikir, jika adalah hidden kamera yang merakamkan riwayat hidup saya, pasti drama / filem itu tidak laku.
Tak menarik langsung!

Hai, entahlah.
Menyampah juga dengan kerja yang macam n*jis.
Menyiapkan saki-baki kerja orang lain yang dulunya juga buat kerja seperti n*jis.
Ingat saya ni pencacai kah?
Patutlah incik bos memanggilnya ‘Joker’
Habis, saya ini apa?
Yang pasti saya bukanlah Batman. Saya tidak sehebat Bruce Wayne itu. Lebih tepat, saya hanya seorang kuli.



nota kaki: Nak pergi tengok Half-Blood Prince Khamis ni.