Confuse






Have you guys ever read this book – ‘He’s Just Not That into You’?
Saya baru baca separuh jalan saja. But I found that this book quite interesting.

Menarik. Omoshiroii.

Seriously, pada siapa yang masih tidak dapat mengagak signal-signal yang diberikan oleh kaum lelaki, adalah disarankan anda membaca buku ini.

Lazimnya, kaum lelaki beranggap kaum wanita adalah kaum yang kompleks. Iya, memang benar. Saya sendiri kadang-kadang tak faham dengan diri saya sendiri.
Tetapi, lelaki pun apa kurangnya, kan? Kaum wanita juga keliru dengan sikap si lelaki. Kita selalu terfikir; ‘Eh, dia suka aku tidak?’, ‘Kenapa mamat ni tak call aku?’, ‘Isy, aku ke yang salah?’, ‘Nak call ke tak nak ha?’, ‘Nanti nampak macam aku pulak yang desperate.’ (huhhu…banyak lagi soalan dalam kepala kite kan pasal lelaki… T_T)

Tetapi, melalui buku ini, mungkin kaum wanita tidak perlu lagi tertanya-tanya lagi adakah si dia betul-betul berminat dengan anda atau tidak.

Based on this book, it said that:-


  • If He’s Not Asking You Out – he’s just not that into you

  • If He’s Not Calling You – he’s just not that into you

  • If He’s Not Dating You – he’s just not that into you

  • If He Doesn’t Want to Marry You – he’s just not that into you

  • If He’s Breaking Up with You – he’s just not that into you

    Yada…yada…yada…

Simple kan? You see girls, banyak kan info yang sebenarnya kita keliru tentang sikap / perangai seorang lelaki. Kata penulis buku ini, jika anda come across dengan lelaki berperangai seperti di atas; Just dump him. It’s his lost. (betulkah…?wow…!!)

Oh, BTW, jangan lupa ya nantikan filem yang diilhamkan daripada buku ini. Coming out this April – for Malaysian viewers of course (if I’m not mistaken).



nota telinga: Don’t waste the pretty. Move ahead. Your prince charming is out there…ngee…


Love Is In the Air



Hihhi, am I jumping gleefully in the cloud nine right now? Tak lah. Saya seperti biasa sahaja. No scandalism happening, seriously (wink, wink…). Hahha. Mungkin demam bulan Februari agaknya. The most romantic month of the year. Ya kah? Entah lah, tapi saya suka bulan Februari. Feel agak jiwang gitu. Ngee…

Complicated – it is. Definitely. I’m not talking about love ya.
It is the matter of Valentine’s Day. I must admit that saya hanya seorang insan yang agak daif tentang ilmu agama. Dan saya juga tahu, adalah tidak digalakkan (atau mungkin sebenarnya diharamkan?) seorang muslim menyambut hari kekasih ini.

Ok, ok. Sebenarnya saya tidak pernah pun menyambut Valentine’s Day. Nak sambut dengan siapa? Hahha. Tetapi saya sangat suka dengan mood hari romantik ini. Atau boleh tak kita tukar Valentine’s Day ini kepada Romantic Day? Doesn’t that sound sweeter, right people? Bukan hari untuk menyambut dan memperingati perjuangan cinta St. Valentine sehingga dia dibunuh.

Ada yang memberi pendapat, jika hendak meraikan kekasih tidak perlu ada hari-hari tertentu. Kasih sayang harus dipupuk dan ianya sebuah proses yang berpanjangan dan berterusan. Betul, itu saya setuju. Tapi bagaimana pula untuk sambutan Hari Ibu, Hari Bapa atau Hari Pekerja misalnya (hari pekerja? hehhe…). Kenapa kita tidak meraikan hari-hari istimewa ini setiap hari? Kenapa perlu di ‘label’ hari-hari tersebut? Bukankah konsepnya sama juga? Do you people get what I mean?

Dan, salahkah jika saya menikmati keindahan hari kekasih ini? Nope, I’m not celebrating it. I just admire the mood. Especially when you go out to shopping complex where you can see lots of cute teddy bears, chocolates, gives decoration, bouquet of flowers – every kind of flowers that can even touch your tough-hard heart.




Ain’t that lovely? Why don’t you tell me…

Spread love people…!



The First Cut is the Deepest


Lama kan tak apdet story? Saje malas nak taip. Jiwa kacau. Hahh…

Lately ni ramai betul kawan-kawan yang nak kahwin / bertunang. Baguslah, masing-masing sudah berjumpa dengan pasangan rusuk kiri masing-masing.

Saya gembira dengan mereka seadanya. Tapikan kenapa saya kadang-kadang rasa macam ketinggalan ha? Ye la kan, bukan tak bersyukur tapi lepas apa yang pernah saya alami sebelum ini, saya jadi takut bila ada insan yang berstatus ‘LELAKI’ datang dekat dengan saya.

Betul, tipu lah saya jika saya kata hati saya tak pernah terusik. Pernah. Kan saya pernah bagi tau, saya suka menjejaki / mengekori atau kata yang lebih tepat – ‘stalking’ orang yang saya minat. Seronok tau, lebih-lebih lagi bila orang itu sudah tau tapi saja buat-buat tak tau. Tapi permainan ini akan jadi tidak menarik bila orang itu tahu dan cuba menjauhkan diri daripada Si Stalker. Setended la tu kan? Dan saya akan meneruskan kehidupan saya untuk stalk orang lain pula. Ngee…

Macam mana pula kalau si mangsa sudah tau dan terus melayan? Ha, inilah yang pernah saya alami sebelum ini. Diringkas kan cerita (kerana tamao ‘luka lama berdarah kembali’, aceewah…) akhirnya saya berhenti jadi peminat orang ini – mari kita gelarkan dia Incik S. Incik S inilah orang pertama yang saya minat. Minat gile tau. Tapi hanya minat sahaja ya, tidak lebih daripada itu. Hanya hubungan satu hala. In fact, sampai sekarang saya masih lagi mencari Incik S ini. Kami lost contact selepas tamat sahaja Tingkatan 5. Hahha, lama kan? Cam cerita zaman tv hitam putih pulak. Oh, sesungguhnya saya sangat-sangat mahu dengar kabar berita daripada Incik S ini.

Kemudian, masuk pula zaman uni. Hah, ini lagi cerita seday tapi boleh menimbul kan amaroh pula dalam hati saya. Apakah? Tak, begini sebenarnya. Selepas tragedi Incik S, saya cuba keraskan hati saya. Sedih tau. Kemudian datang seorang insan ini – Incik T (oh, sya sangat menyampah dengan orang ini sekarang…tak baik kan?) mendekati saya. Pada asal nya kami hanya berkawan, tetapi semakin lama semakin rapat. Hati saya terusik lagi. Lalu terjadi satu peristiwa (wahh, dramatik sungguh…!) hampeh. Oh, dia tipu saya rupanya. Biarlah, asalkan dia bahagia. Dengar-dengar cerita dia akan melangsungkan perkahwinannya esok. Semoga berbahagia hendaknya ya Incik T.

Sekarang, ada orang yang cuba kenen-kenen kan saya dengan seseorang. Patutkah saya melayan orang ini? Wajarkah saya izinkan hati saya untuk diusik lagi? Dan sesungguhnya orang ini bukan lah jenis yang saya akan ‘stalk’. Huhhu, kawan-kawan saya kata saya demand. Adoi! Ye ke? Mungkin. Contohnya Incik W (orang yang saya sedang ‘stalking’ sekarang). Saya stalked Incik W ini kerana saya tahu I’m not in his league. Makanya, lebih mencabar gitu. Ngee…

Sebenarnya, saya tak mahu sedih-sedih lagi. Saya hanya mahu menjadi lebih optimistik. Saya bukan positive thinker. Tapi saya hanya mahu percaya setiap perkara yang berlaku mesti ada sebab yang baik. One door closed lead to another doors open. Boleh kan?

So people, lemme tell you sumthing. I am not looking for it right now. I’m not looking for love – just yet. I just wanna be happy and be spoiled. Hah, boleh ke wish cam tu eh? Best apa. Tapi ada ke orang yang sanggup eh?