TARA lagi...


Heuiwyshh..

Sape ade tengok tara 3 malam tadi...?

Sangat tak sangka ida & tania berjaya mengejar team-team di hadapan (yang jurang masa lebih dari 4jam!)

Dan sangat tak sangka mereka team yang ke-2 sampai ke pit stop (unofficial arrival - penalty 30 minutes for not becoming the 1st…) Dan berjaya menjadi team yg ke-3 (official time arrival - after penalty time of course…) - kagum kan…?

Sangat sedih bile team bernie & henri kne eliminate…

Dan sangat pelik bile saya sudah boleh menerima team 'Black Spidey'. Geoff semakin ok nampaknya sekarang… Good boy!



Nota mata: tapi nape henri tu kecoh semacam je semalam…??Hehh…



Happy Diwali


Stesen Radio: Terbang fm
Topik hari ini: What did you do on the Deepavali Holiday?


6.15 am: Alarm handphone bunyik – Press the snooze button

6.25 am: Alarm bunyik lagi – bangun – amek towel – mandi

6.50 am: Siap – Ready nak g kje (hahh?..kje? yeap, deepavali saye kne kje…)

7.05 am: Gi kje (owhh, indah nye hidup jalan tak jem ari ni)

7.30 am: Reach Alam Warisan Site (mak aih? Aku terbang ke tdi…tak laa, jalan tak jem..ngeh..ngeh..) Tapi gate tutup lagik. Pak Guard ngulor gak nye…

7.45 am: Parking keta at the near by junction – menapak gi site ofis.

7.50 am – 5.15 pm: Sampai ofis – Switch on computer – check email – working – yadda, yadda, yadda…

5.15 pm: Ready nak balik – amek Cik Ijan kat Shah Alam – Gi open house umah Cik Aimi

7.00 pm: Sampai umah aimi – first time tengok Cik Aimi punye Incik Janggut (mie, jangan marah haa…)
Pertanyaan lanjut mengenai Incik Janggut, bule diajukan ke Cik Ijan or Cik Betty. Ngee…

8.15 pm: Balik Shah Alam – anta Cik Ijan – Cik Betty balik umah

9.30 pm: Lepak tengok tv (ade cite tiru cite Attention Please kat astro! Hampeh, direkter mesia ni da takde idea lagik gak nye…geram betul!)

10.00 pm: Mandi – Tido – Zzz…


Itulah rentetan seharian sewaktu ‘cuti’ perayaan Deepavali betty.
Sekian.


Saya di ‘tag’


Uhm, betty telah di ‘tag’ oleh cik believeincinta. Walopun sebenarnya betty kurang gemar ngan soalan-soalan cepumas ini, tapi betty jawab juga ya. Harap lepas ni takde lagi kene tag dengan zillion of questions. So here it goes

****

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Lover? Siapakah gerangannya ya?? Hmmm…

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
Dream house and happily ever after kind of story plot. I like fairy tales ok…eheh.

3. Whose butt would you like to kick?
Donno… Takde kot… Saye tak suke tendang buntut orang…

4. What would you do with a billion dollars?
Live just like Oprah Winfrey perhaps. Wuuhoo…

5. Will you fall in love with your bestfriend?
Saya tak pernah ada kawan baik lelaki.

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Being loved of course! But loving someone oso good wat…?

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
Ohho, as long as I can. Until he belong to someone else. (very honest confession)

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
What kind of attached ha? Klo da kawin, I’ll try to forget him… Tpi klo baru takat couple or engage, hehhe, saya akan terus meng ‘admire’ die…

9. What do you pray each day for your loved one?
Adoi, ini pon kene bgtau ka? Mestilah kebahagiaan dan di murahkan rezeki. Amin…

10. What takes you down the fastest?
I’m not sure. When people let me down, maybe…

11. How would you see yourself in ten years time?
Oredi have a house – being myself – do what I like…

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
I don’t want to answer this tag anymore…waaaa…

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Ha? Die pendiam tapi kadang-kadang bule jadi chatty juge… Die pandai masak. Saye paling tak bule lupe die penah ajar saye wat karipap dlu kat rumah sewa die…

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Neither! But for the second thought, maybe I will prefer to be single and rich. I’m a loner.

15. What’s the first thing you do when you wake up?
Stop the buzzing hand phone alarm.

16. Would you give all in a relationship?
Yeap, I prefer to give but not all ok… Well it takes two to work out in relationship rite?

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
Falling in love je kan. Bukan nak pilih mane satu wat calon hubby. Tgk lah… Sape yg lebih memenuhi citarasa… Hikhik..

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
Maybe… Forgive and forget is a good thing rite? But it takes time… It’s all about time.

19. Do you prefer being single or having a relationship?
Depends… Kalo menyusahkan buat ape? (jawapan ini merujuk kepada kedua-dua situasi ye…)

20. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
Nope! Family comes first. But I’ll inform my family la kan if the dreams is like ‘a chance for a lifetime’. Heh.

21.i'm tagging,
Saye tamao tagging orang.

Harap Maklum.

Servis Buruk


Stesen radio: Terbang fm

Pernah tak anda diberi layanan yang teruk lagi buruk lagi huduh…?!

Ahah, betty pernah. Sepanjang ingatan betty, 2 kali betty pernah berhadapan dengan layanan yang teruk oleh pengusaha kedai makanan khasnya. Terutama restoran makanan segera.

Apa tujuan jika anda memilih untuk makan di fast food restaurant? Mestilah kerana hendak makanan itu dihidangkan dengan cepat bukan? Jika tidak, tidak perlulah menamakan restoran itu restoran makanan segera.

Pernah beberapa tahun yang lalu, betty membuat pesanan melalui telefon. Katanya penghantaran akan dibuat dalam lingkungan masa 45minit. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu… Makanan tak sampai-sampai. Apa ni? Takpelah, mungkin si peon tu tak tau alamat kami. Hari pun sudah malam. Gelap, tak nampak nama jalan agaknya. Tunggu lagi, sudah hampir satu jam. Apa kes? Ok lah, betty cuba telefon kembali talian pesanan restoran tersebut untuk re-check order betty.

Panggilan pertama, tidak diangkat.
“Harap maaf, talian kami sibuk. Sila tunggu sebentar. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi”

Panggilan kedua… pun sama. Setelah percubaan yang entah ke-berapa kali, baru ada layanan. Hampeh! Apa alasan yang diberikan di atas kelewatan yang melampau?
“ Sebenarnya kami kekurangan staf. Budak penghantar semua keluar, tak balik lagi”

Hah? Itu bukan masalah saya. Carik lah staf ramai-ramai. Kalau tak boleh nak hantar, jangan buat servis penghantaran. Kan lagi senang?

Kalau ikutkan hati yang hagak bengang, memang betty tak mahu bayar makanan yang dipesan itu. Itu pun, makanan itu sampai setelah lebih 1 ½ jam selepas pesanan dibuat. Tapi kan benda itu makanan. Kang kalau tidak dibayar, mau sakit pulak perutku nanti. Huhhu, tak rela. Bayar je lah.

Kejadian yang kedua – hari Jumaat minggu yang lalu.
Kejadian yang hampir serupa, tapi kali ni, mengikut kata Pengurus yang bertugas (which is very rude and hampeh and very irresponsible manager…cit!) tiket/resit order kami hilang. Ya ampun, habis tu kalau hilang tak reti-reti ke nak cek balik kami order apa?

Alasan yang boleh diberi hanyalah maaf – Kami kekurangan staf – Kami tak boleh nak check pesanan dari setiap satu pelanggan kami - kami boleh bagi voucher sebagai tanda minta maaf – kalau cik tak nak bayar saya nak buat macam mana?... and so on.

Sengal.
Memang tak bertanggungjawab



Nota telinga: Just be responsible to your costumer. We pay for it. Don’t cha ever heard – “Costumer Always Right”.



Peminat Tegar


[entri kali ini tidak ade kene mengene dengan topik radio]

Sesungguhnya betty sangat mengkagumi (betul ke ejaan ni…?ehehe…) drama medikal Grey’s Anatomy. Sekarang sudah masuk musim ke-5 ya kawan-kawan…(episode 1&2 dah ade tpi xsempat tgk lagik…ehehe)

Menonton drama ini sahaja berjaya mempengaruhi betty dengan dunia perubatan. Hirarki yang harus dilalui oleh seorang pelatih (intern) sehinggalah menjadi seorang attending – atau lebih baik – menjadi Chief of the Hospital, bidang-bidang kepakaran yang ada seperti Neurologist, Cardiologist, Plastics, OB-GYN misalnya (mase ni lah baru tahu Orthopedic tidak lah se ‘thrill’ kardio…uhhuuhh…tpi dokter juge kan?). Sungguh mulia kerjaya seorang doktor. Dan tentunya cerita ini menarik kerana adanya hospital scandals la kan…? (brape banyak ‘kan’ da…)

Dan, kerana kekaguman itu, saya sudah menjadi obsess. Dan kerana ke ‘obsessan’ itu juga I did the quiz at their official website untuk mengetahui which character of Grey’s Anatomy that I mostly like. Betty telah melakukan dua kali kuiz ini – Pertama pada awal July lalu (sebab mase tu boring xde kje) dan kali ke-2 semalam. 2 soalan yang berbeza kerana kuiz semalam merupakan soalan yang baru sempena musim yang baru (ke-5 as mentioned above)

Untuk percubaan pertama keputusan seperti di bawah:




For Female Grey




For Male Grey



Untuk percubaan kedua pula adalah seperti berikut:





Yay! Betty adalah Cristina. Seriously? Seriously…!!




Nota kaki: owh…sungguh tidak kusangka aku sekental Cristina. The next Nazi a.k.a. Bailey. Maybe my prince charming could be more like Dr. Burke or Major Hunt I guess. Who knows, rite people? Ngee…



3 Generations


Ada rakan finaz berpendapat, entri-entri finaz terlalu skema. Ye ke? Bahasa kot. Makanya, entri kali ini akan cuba dikurangkan tahap ke ‘skema’annya. Ok? Bagus…

Semalam, my long lost (lost ke? Lost contact adalah…) childhood friend datang ke rumah untuk berjumpa dengan finaz, dan juga sepupu finaz yang mana rumah hanya selang beberapa pintu sahaja dari rumah finaz (yang juga xciden pada awal pagi itu…hah, itu citer lain).

Kenapa datang? Apa lagi kalau sudah lama tak jumpa. Nak anta surat saman la a.k.a. wedding invitation. Cik Een (soon to be Puan) akan melangsungkan majlis perkahwinannya pertengahan bulan depan (siap sure guwe amek cuti lagik… VVIP katenye… iyelah tu). Cik Een ni rakan finaz semasa finaz masih lagi di alam riang ria kanak-kanak (zaman skola rendah la). Alahai, siap ada sesi flash back lagi semalam berserta recap kawan-kawan yang lain yang telah pun selamat mendirikan rumah tangga. Siapa eh? Antara yang finaz tahu;

- Bastian ngan Murni (lame bercinta ni…since darjah 5 klo xsilap)
- Hafiz Zaid ngan Ain (cam tak caye je budak dorang nih…!)

Itu sahaja. Yang lain – tidak ketahuan. Sungguh teruk saya ini.

Awal petang itu, se-awal finaz menjejakkan kaki ke rumah adik finaz beri tahu:

“Ngah, awak ade dapat surat. Kad kawen – Laila”

Oo, da sampai rupenye surat saman yang satu ini. Yang ini pula rakan generasi ke-2. Zaman skola menengah – skola teknik dulu. Rakan satu dorm. Yang mana kami pernah bergambar dengan berpakaian baju melayu (ala-ala jantan gitew…hensem kami ni rupenye…). Bila diamati kad tersebut, kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan ada dijemputnya finaz.

“Aik? Sape pengantin laki nih? Aku kenal ke?”

Lihat nama bakal pengantin – Laila & Azizzudin. Aik? Azizzudin mane eh? Auz… Tulun, sye tak ingat nama kawan…huhuhuh…(angah, jangan marah eh…?)

Awal pagi semalam pula – semasa finaz sampai ke tempat kerja (apa da, cerita terbalik malam-petang-pagi…lantak ah…nggeee…), check emel; dapat lagi satu jemputan. Rakan generasi ke-3. Rakan semasa di menara gading. Kak Sal pulak… Yay, akhirnya dapat gak jemputan orang jengka. Tapi tidak tahu lagi mahu pergi atau tidak. Carik geng dulu. Kawan-kawan sapa mau pergi wedding Kak Sal…?



Nota kaki: Rase cam da tue pulak. Kawan-kawan ramai yang da kawen. Alahai…

Fesbuk... FS... MS...

Stesen radio: Hangat fm
Topik hari ini: Facebook, Friendster & MySpace… Perlu atau tidak?


Topik yang panas.
Perlu atau tidak laman komuniti ini terutama kepada para remaja.

Betty tahu laman komuniti ini memang menjadi trend masa kini. Tetapi jika pengguna terlalu obsess dengannya bukankah ianya lebih mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Betty sendiri memiliki sebuah laman komuniti untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan semasa belajar dan sekarang setelah bekerja. Benar, betty rasa laman komuniti ini telah pun menjadi satu keperluan seperti mencari semula rakan-rakan yang telah ‘lost contact’, info-info terkini melalui papan bulletin, pesanan-pesanan ringkas terkini seperti undangan perkahwinan misalnya.

Tetapi, ada segelintir pengguna yang telah menyalahgunakan kemudahan ini seperti meng'apdet' laman waktu kuliah/kerja. Bayangkan, seorang pengguna memiliki ketiga-tiga laman komuniti di atas? Sangat mengganggu ok… Betty sendiri pernah memiliki lebih dari satu laman komuniti di atas, dan betty akui, betty terganggu kerana tumpuan yang diberikan terhadap kerja dan laman tersebut.

Antara gangguan:-

  • apabila melihat laman rakan yang mempunyai layout yang lebih menarik daripada laman sendiri – kesannya: cari layout baru yang lagi canggih! (Hehhe…)
  • aplikasi yang terlalu menarik sehingga semuanya mahu diletakkan di dalam laman – kesannya: laman menjadi terlalu crowded
  • spam dan mesej dari laman yang tidak sepatutnya (xxx)


Oleh sebab itu, betty lebih senang mengendalikan hanya satu laman komuniti. Seperti yang telah betty nyatakan, ianya adalah satu trend masa kini. Kalau tidak ada langsung, alahai – macam katak bawah tempurung yang telah di konkrit!
Bak kata Fafau:

"kalau takde fesbuk, tak IN la beb…!"


Inner Strength by Hilary Duff

Gotta find your inner strength
If you can’t then just throw life away
Gotta learn to rely on you
Beauty, strength, and wisdom, too

You’re beautiful inside and out

Lead a great life without a doubt
Don’t need a man to make things fair
‘Cuz more than likely he won’t be there

Listen girl, gotta know it’s true

In the end all you’ve got is you

nota telinga: a simple reminder for my ownself…chillax!

Kangaroo or Kiwi?


There is one friend of mine,
He's went to the interview,
For post at the country of kangaroo,
I wish him all the best that he could do.

But i also hope that he did not get the job,
Why?
I just want to know him more.


Am i selfish?


TARA 3


Stesen radio: Terbang fm
Topik hari ini: What is your favourite team for the third season of TARA?

Ok, pagi ni betty mcm biase. Memandu ke tempat kerja yang lebih kurang 35km jaraknya dari rumah. Rutin seharian semasa memandu, biasenye betty akan tune ke radio Hangat fm, selepas tamatnya segmen meng‘hangit’kan orang, tukar pula ke stesen Terbang fm.


Untuk pagi ini topik yg dibincangkan mengenai The Amazing Race Asia 3. Baru teringat semalam betty da ter ‘missed’ rupenye. Hampeh betul..!!

Ok, back to the topic. Faberet team; hmm… Susah ni. Bak kate salah sorang deejay radio tersebut, “Don’t cha think we all bias or something?” sebab kebanyakan caller akan pilih The Malaysian team. Of course la kan? Sape lagi nk sokong team negara sendiri kan?

Personally, betty sebenarnya support team Bernie & Henri and Ida & Tania.
Kenape?

Untuk team B & H – dorang ni sgt bagus dlm team work. Ade kimia kate org. Gado2 tu setended la kan? Tapi dari pandangan mata kasar, dorang ni sgt2 bagus la. Penah dlm satu episod tu dorang lead, pastu ntah camne ntah dorg jadik antara team yg lambat pulak. But at the pit stop, they stil manage to get the good position though. Bagus kan??

For team I & T – at first betty skeptical gak. Bule ke dorang ni? Lagi2 si Ida tu. Camne la die nk handle klo kene task yg kene makan bende2 yg merapu tuh… Tapi so far, nampak cam ok. Even last week episode team dorang ni dapat 1st team to arrived at the pit stop. Maveles. Walopon memula rase cam team ni tak bule g jauh sbb I thought Ida does not look kuat enough and Tania (based on her “heiress” thing) yg mungkin rase die cam lebih kurang spoil brat, tpi betty rase betty da ter ‘underestimate’ team ni.

So, for the other 3 teams remaining:
Vince & Sam (Hong Kong team)
A.D. & Fuzzie (Singaporean team)
Geoff & Tisha (Philippines a.k.a. Black Spidey team)

WATCH OUT..!!


Malaysia Boleh…!