Time flies. Time waits for no man. Time heals all wounds. All any of us wants is more time. Time to stand up. Time to grow up. Time to let go. Time. ~ Grey’s Anatomy
Yo Soy Betty La Fea
Inilah projek terbaru finaz. Menonton semula siri telenovela popular Colombia ini. Cerita yang memberi impak yang besar kepada finaz. Meninggal kesan sehingga sanggup finaz menghayati setiap episod sehingga episod 30 buat masa ini (169 episod keseluruhannya).
Kenapa Betty? Bukankah banyak lagi telenovela yang menarik?
Rosalinda, Por tu Amor, Mis Tres Hermanas, Juana la Virgin… Banyak lagi siri telenovela yang boleh finaz senaraikan di sini. Tetapi mengapa hanya Betty yang betul-betul melekat di hati finaz? Haa.. ini lah ceritanya...
Pada awal siri ini disiarkan di stesen TV tempatan (NTV7), finaz agak keberatan untuk mengikuti cerita ini. Pada pendapat finaz sudah menjadi klise cerita-cerita berbahasa Sepanyol akan menayangkan perempuan-perempuan yang mengiurkan, lelaki yang gagah lagi perkasa dengan badan berpetak 8, orang jahat yang berpistol dan macam-macam lagi.
Dan dengan secara kebetulan, (macam tajuk album Imran Ajmain pulak... hehhe…) cerita ini mula ditayangkan ketika finaz sedang cuti akhir semester tahun 2002. Jadi hendak tak hendak, finaz layan sahaja cerita ini. Walaupun finaz tidak mengikuti siarannya dari mula, sebenarnya finaz tidak banyak ketinggalan dengan episod-episod yang lepas (al-maklumlah, cerita Sepanyol...) dan ternyata finaz mula tertarik dengan jalan cerita Betty La Fea ini KERANA semua babak-babak stereotype yang finaz nyatakan di atas tidak kelihatan! Memang berlainan cerita ini.
Karektor Betty yang nampak nerd, sangat menarik pada pandangan mata finaz. Betty memperolehi segala-galanya. Latar belakang pendidikan yang menakjubkan, keluarga yang sederhana, hati yang baik tetapi oleh kerana rupa yang “hodoh” sehingga digelar “La FEA”, sukar baginya untuk mendapatkan pekerjaan dan juga cinta.
Tetapi segalanya berubah apabila Betty mula diterima bekerja di EcoModa, sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang produksi fesyen. Di sini, Betty mula memperolehi kawan-kawan (yang kadang-kadang agak over… huhhu), dan majikan yang kacak yang pada awalnya hanya mempergunakan Betty untuk kepentingan dirinya dan syarikat sehingga akhirnya terjatuh “sayang” dengan Si Hodoh Betty.
Jadi, apa yang istimewanya? Sukar untuk finaz terangkan secara terperinci. Yang nyata, cerita ini menyedarkan finaz tentang pentingnya pelajaran, kecantikan dalaman, jujur dalam persahabatan, bersederhana, merendah diri dan sentiasa yakin pada kebolehan diri sendiri. Inilah pengajaran yang finaz perolehi daripada cerita ini.
Dan kerana cerita ini, finaz seringkali merasakan bahawa karektor Betty itu seperti idola finaz.
Penangan cerita inilah juga, salah seorang daripada pensyarah finaz memanggil finaz dengan nama BETTY. Tak kisahlah... =)
Nota kaki: Tetibe perasan muka walid cam muka Don Armando pulak… Hehh, kalau dapat prince charming macam Don Armando Mendoza pun besh gak! Muehehehe…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment