3 Generations


Ada rakan finaz berpendapat, entri-entri finaz terlalu skema. Ye ke? Bahasa kot. Makanya, entri kali ini akan cuba dikurangkan tahap ke ‘skema’annya. Ok? Bagus…

Semalam, my long lost (lost ke? Lost contact adalah…) childhood friend datang ke rumah untuk berjumpa dengan finaz, dan juga sepupu finaz yang mana rumah hanya selang beberapa pintu sahaja dari rumah finaz (yang juga xciden pada awal pagi itu…hah, itu citer lain).

Kenapa datang? Apa lagi kalau sudah lama tak jumpa. Nak anta surat saman la a.k.a. wedding invitation. Cik Een (soon to be Puan) akan melangsungkan majlis perkahwinannya pertengahan bulan depan (siap sure guwe amek cuti lagik… VVIP katenye… iyelah tu). Cik Een ni rakan finaz semasa finaz masih lagi di alam riang ria kanak-kanak (zaman skola rendah la). Alahai, siap ada sesi flash back lagi semalam berserta recap kawan-kawan yang lain yang telah pun selamat mendirikan rumah tangga. Siapa eh? Antara yang finaz tahu;

- Bastian ngan Murni (lame bercinta ni…since darjah 5 klo xsilap)
- Hafiz Zaid ngan Ain (cam tak caye je budak dorang nih…!)

Itu sahaja. Yang lain – tidak ketahuan. Sungguh teruk saya ini.

Awal petang itu, se-awal finaz menjejakkan kaki ke rumah adik finaz beri tahu:

“Ngah, awak ade dapat surat. Kad kawen – Laila”

Oo, da sampai rupenye surat saman yang satu ini. Yang ini pula rakan generasi ke-2. Zaman skola menengah – skola teknik dulu. Rakan satu dorm. Yang mana kami pernah bergambar dengan berpakaian baju melayu (ala-ala jantan gitew…hensem kami ni rupenye…). Bila diamati kad tersebut, kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan ada dijemputnya finaz.

“Aik? Sape pengantin laki nih? Aku kenal ke?”

Lihat nama bakal pengantin – Laila & Azizzudin. Aik? Azizzudin mane eh? Auz… Tulun, sye tak ingat nama kawan…huhuhuh…(angah, jangan marah eh…?)

Awal pagi semalam pula – semasa finaz sampai ke tempat kerja (apa da, cerita terbalik malam-petang-pagi…lantak ah…nggeee…), check emel; dapat lagi satu jemputan. Rakan generasi ke-3. Rakan semasa di menara gading. Kak Sal pulak… Yay, akhirnya dapat gak jemputan orang jengka. Tapi tidak tahu lagi mahu pergi atau tidak. Carik geng dulu. Kawan-kawan sapa mau pergi wedding Kak Sal…?



Nota kaki: Rase cam da tue pulak. Kawan-kawan ramai yang da kawen. Alahai…

No comments: