Stesen radio: Hangat fm
Hah, lama betul betty tak apdet blog. Bukan tidak ada cerita tapi sibuk a.k.a. malas hendak menekan papan kekunci. Lebih-lebih lagi semalam – selepas Incik Boss awal-awal pagi sudah panggil masuk ke biliknya untuk Staff Appraisal. Keputusannya? Hagak mengecewakan… huuhhu… T_T
credit photo: cartoonstock
Ok, nak cerita pasal topik pagi kat radio pagi ni. Jikalau lah dapat kembali ke tahun 2001 (untuk betty la kan…), kertas peperiksaan SPM yang manakah yang betty ingin ambil semula…? Secara jujurnya, kalo buleh, betty tak mahu lagi untuk menduduki peperiksaan besar peringkat sekolah menengah ini. Huwaah, stress gile!
Any how, sejurus mendengar topik ini ke udara pagi tadi, terus betty terfikir mungkin betty teringin sekali untuk ambil semula kertas-kertas subjek elektif yakni:-
Any how, sejurus mendengar topik ini ke udara pagi tadi, terus betty terfikir mungkin betty teringin sekali untuk ambil semula kertas-kertas subjek elektif yakni:-
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Fizik
- Biologi (kalau boleh)
Kenapa? Untuk 3 subjek yang pertama, betty akui I didn’t do well during the exam. Tidak belajar dengan secukupnya. Mungkin kerana mental block – otak telah dipengarahui oleh kata-kata insan-insan yang lebih senior tentang ke ‘thrill’ an subjek tersebut membuatkan betty rasa subjek-subjek ini terlalu susah bagi betty. Dan sesungguh saya amat kesal tentang itu kerana setelah masuk Uni, saya sebenarnya seorang insan yang boleh belajar. Silly me…
credit photo: cartoonstock
Untuk subjek biologi pula, sebelum betty berpindah ke sekolah teknik, betty mengambil mata pelajaran ini dan as far as I learnt, saya amat suka subjek ini. Mungkin kerana cikgunya yang pandai menyampaikan isi kandungan pelajaran. Kalau tak silap, Puan Sarzini namanya. Pernah mengajar mata pelajaran sains semasa betty Tingkatan 1. Namun, setelah betty bertukar sekolah, subjek ini tiada dalam kursus tetapi diganti pula dengan subjek-subjek teknikal. Penangan drama siri kegemaran betty juga membuatkan betty terfikir – “Ruginye tak amek bio dlu…” =(
Dan mungkin, jika betty belajar dengan lebih kuat dan berjaya menjawab kertas peperiksaan SPM dengan baik 7 tahun dulu, betty mungkin berjaya seperti rakan-rakan betty yang berjaya.
But again, saya bersyukur dengan keadaan saya sekarang ni. Even sometimes I envy those people who more successful than me, tetapi ada juga segelintir rakan-rakan betty yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan saya. Betul?
Nota cardio: Make peace with the past, so it won’t spoil the present.
No comments:
Post a Comment