Time flies. Time waits for no man. Time heals all wounds. All any of us wants is more time. Time to stand up. Time to grow up. Time to let go. Time. ~ Grey’s Anatomy
Enough is Enough (No More Tears)
Heylo…
Bersarang sudah laman ni rasanya.
Bermula dari tahunya pemergian “The best Daddy that you could ever imagine” itu, terus idea untuk menulis menjadi terencat.
Hendak mengomel tentang insan yang dikatakan genius muzik itu pula, sudah terlalu basi rasanya. Dan terlalu overrated.
Resam manusia kan?
Bila sudah tiada baru reti untuk menghargai.
Tiada apa yang menarik pun yang saya lalui sepanjang proses ‘berkabung’ saya.
Cuma yang pasti, baik di ‘pejabat’ mahu pun di dalam kereta, hanya CD ‘Number Ones’ dan ‘The Essential’ sahaja yang sering diputar.
Jika sudah bosan mendengar lagu-lagu Inggeris, ‘Dengan Secara Kebetulan’ pula yang digantikan.
Hidup sangat mendatar akhir-akhir ini.
Cuba untuk rencahkan dengan perkara-perkara menarik, tapi hasilnya tetap tawar.
Pernah saya terfikir, jika adalah hidden kamera yang merakamkan riwayat hidup saya, pasti drama / filem itu tidak laku.
Tak menarik langsung!
Hai, entahlah.
Menyampah juga dengan kerja yang macam n*jis.
Menyiapkan saki-baki kerja orang lain yang dulunya juga buat kerja seperti n*jis.
Ingat saya ni pencacai kah?
Patutlah incik bos memanggilnya ‘Joker’
Habis, saya ini apa?
Yang pasti saya bukanlah Batman. Saya tidak sehebat Bruce Wayne itu. Lebih tepat, saya hanya seorang kuli.
nota kaki: Nak pergi tengok Half-Blood Prince Khamis ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Fading ngan keje sudah ke?
tensen bila dengar orang lain kene transfer..
pening fikir yang terbengkalai ini macam mana..
=/
Post a Comment