Hanya Di Radio


"Tetapi sayang hanyalah di radio
Bilakah dapat kita bertentang mata"
~ Hanya Di Radio, Headwind


Dipendekkan cerita, saya telah menang satu pertandingan hari tu.
Dapat jadi Deejay di Radio Era FM untuk satu jam.
Pertandingan apa?
Hai, pastilah ada kena mengena dengan orang ini.

Hanya dengan menjawab 3 soalan mudah, maka saya telah dipilih sebagai pemenang! (mungkin kerana tiada saingan yang hebat agaknya)
Hehhee… Sila cemburu kalau mahu (ceh, ada ke yang nak jealous tu…?)

Soalan No.1: Apakah jenis darah Imran Ajmain?
Jawapan: O
(pengakuan berani mati – jenis darah sendiri pun tak tahu sebenarnya… -_-“)

Soalan No.2: Imran Ajmain berzodiak apa?
Jawapan: Taurus
(oh, ini soalan mudah. dalam album sulungnya terang-terang ada satu lagu yang bertajuk ‘Taurus’)

Soalan No. 3: Apakah nama penuh Imran Ajmain?
Jawapan: Ahmad Imranullah Ajmain bin Ahmad Husaini Ajmain
(sebenarnya saya jawab Ahmad Imranullah Husaini Ajmain. tapi kira boleh diterima la jawapan saya tu)

Maka dengan itu, saya telah dipilih sebagai pemenang!
Dapatlah berjumpa lagi.







Tapi sebenarnya saya nak sangat tengok showcasenya di Singapura akhir bulan Disember nanti.
Harap pertandingan itu pun saya menang juga ya!

Amin…!


3 comments:

ila said...

Erm....
macam dah basi je update kamu ni...
hehehe

bEtTy said...

patut aku nak apdet pasal jakarta & bandung, tapi tertulis entri ni pulak.. hehhe..

ila said...

next entry masih boleh....
adakah link ini terpampang di FB kamu???

aish...