Time flies. Time waits for no man. Time heals all wounds. All any of us wants is more time. Time to stand up. Time to grow up. Time to let go. Time. ~ Grey’s Anatomy
Back To School…!!
Hmm…
Lambat pula finaz masukkan entry baru untuk kali ini. Memandangkan tugasan kerja yang semakin bertimbun-timbun, tak cukup tangan rasanya untuk finaz menitipkan catatan yang terbaru.
Pada hari Selasa yang lepas, finaz, kakak, abang ipar, adik dan anak-anak buah (hehehe…) ke Precinct 5, Putrajaya untuk melihat Malaysia International Space Adventure anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pada asalnya, pelawaan dibuat oleh kakak finaz yang baru habis pantang (dan gian nak berjalan..hehe) dan apa lagi, finaz pun terus memberikan kata setuju walaupun terpaksa tidur di rumahnya di Sungai Kapar Indah. Kalau hendak diikutkan badan yang penat baru pulang dari kerja, memang malas rasanya untuk mengemas pakaian yang hendak dibawa. Tapi ‘jalan’ punya pasal, semua pun boleh jadi belakang kira.
Jadi pada tengah hari Selasa, kami pun menuju ke Precint 5 yang terletak bersebelahan dengan Putrajaya International Convention Centre. Dalam hati jangan cakaplah. Teruja hendak tengok sesuatu yang menarik dan baru. Manalah tau, mungkin banyak infomarsi yang berguna untuk pengetahuan am sekurang-kurangnya. Dan ada juga secubit harapan moga-moga idola finaz, Sheikh Muszaphar Shukor, ada juga di tempat pameran. Muehehe… Tapi semua itu hanya tinggal harapan sahaja. Rupa-rupanya ada bayaran masuk dikenakan untuk menyaksikan pameran tersebut. Kalau setakat RM10-20, mungkin tidaklah menjadi masalah. Tetapi bayaran yang dikenakan agak mahal; RM 38 bagi dewasa dan RM23 untuk kanak-kanak. Terpaksalah kami batalkan sahaja niat. Untuk mengubat hati yang “keciwa”, finaz dan yang lain ambil gambar sebagai kenangan. Sekurang-kurangnya kami pernah menjejakkan kaki di situ. Huhhu… Sasshin o torimasho…!!
Minggu ini juga merupakan minggu pembukaan bagi penggal pertama persekolahan. Adik-adik finaz juga akan meneruskan sesi pembelajaran mereka. Yang seorang masuk ke Tingkatan 3, dan yang bongsu ke Darjah 6. Kedua-dua mereka akan menghadapi Peperiksaan Besar tahun ini (Penilaian Menengah Rendah –PMR, Ujian Penilaian Sekolah Rendah – UPSR). Sudah menjadi perkara yang biasa, awal-awal sesi pembukaan perskolahan ini, ibu dan ayah finaz akan memberikan ceramah perdana. Hehe… Bukan apa, sekadar memberi peringatan supaya belajar rajin-rajin. Jadikan yang “tua” sebagai contoh (cheewaahh…). Bak kata pepatah, “Yang baik dijadikan teladan, Yang buruk dijadikan sempadan”.
Oh, ya. Terlupa pula satu perkara. Hmm, anak buah finaz yang pertama, Muhammad Syah Asyraffi Hyffny, juga akan memulakan alam persekolahannya di tadika Tunas Bestari, Seksyen 18. Kalau mendengar keletah mulut si kecil ini bercerita mengenai pengalaman pertamanya di sekolah, memang kelakar. Tetapi bila dengar penjelasan dari “Mummy” nya, lagilah sakit perut dibuatnya. Haha.. Affy, Affy…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment