Time flies. Time waits for no man. Time heals all wounds. All any of us wants is more time. Time to stand up. Time to grow up. Time to let go. Time. ~ Grey’s Anatomy
Bachelor’s Trip 1 – Perhentian Island
Trip orang bujang yang pertama. Dengan segala perancangan yang telah dibuat, trip ini menjadi kenyataan juga. Finaz dan rakan-rakan (5 orang semuanya termasuk finaz) memulakan perjalanan dengan berkumpul di Hentian Putra, Kuala Lumpur. Bas yang kami naiki bergerak lebih kurang jam 9.30 malam.
Lebih kurang jam 5.10 pagi, bas yang kami naiki telah pun sampai ke destinasi yang kami ingin tujui, Stesen Bas Kuala Besut. Dari stesen bas ini ke Jeti Kuala Besut hanya perlu berjalan kaki sahaja. Sampai sahaja di stesen bas, agen kami telah pun menunggu ketibaan kami dan kami dibawa ke pejabat untuk urusan tiket bot laju dan pakej yang telah pun rakan kami tempah lebih awal.
Oleh kerana hari masih awal, kami berlima alas perut dahulu di gerai berhampiran. Kami duduk di gerai sambil berborak-borak, setelah hampir pukul 7 pagi, kami pun bergerak menuju ke jeti. Sebelum menaiki bot laju, kami diminta bayaran RM 5 untuk tiket ke Taman Laut (Marine Park) yang akan kami kunjungi semasa aktiviti snorkeling di pulau nanti. Kumpulan kami mendapat trip pertama ke pulau. Hehhe...
Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa 30-35 minit. Pada awalnya memang teruja. Dengan tiupan angin pagi yang ‘menampar’ muka, seronok rasanya. Tapi bila lama-kelamaan, dengan kelajuan bot yang semakin meningkat, dan ombak yang agak kuat, dan hentakan dari bot yang agak kuat juga, perut yang baru diisi tadi mula bergelodak. Adoii, sakitnya jangan dikira. Seperti baru berlari 500m rasanya. (kesian cacing-cacing dalam perutku...)
Kami sampai di Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet awal jam 8 pagi. Berehat sebentar di lobi sementara seorang rakan kami, Jibam, menguruskan hal check-in. Oleh kerana terlalu awal, kami hanya diberi satu kunci sahaja dahulu kerana untuk girl’s room, bilik itu masih lagi berpenghuni.
Dan tanpa mahu membuang masa, finaz dan 2 orang lagi rakan perempuan (Cik Ayu dan Cik Ila) sepakat untuk menyerang swimming pool dahulu. Mungkin takut tidak sempat hendak berenang di air takungan selepas meneroka lautan nanti. Dan betul, itulah sekali kami dapat bermain di kolam renang Arwana (nasib baik...hehhe...)
Lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami makan tengahari bersama-sama dan tepat pukul 2.30 petang kami dikehendaki berkumpul semula di lobi untuk aktiviti snorkeling yang pertama. Ada 3 check point yang kami lawati. Menikmati keindahan lautan; batu karang, ikan dan penyu! Wahh, sangat menarik dan kagum! Ada 2 ekor penyu yang finaz dapat lihat. Sangat besar! Semasa check point yang ke-3, arus agak kuat pada petang itu. Dan salah seorang dari rakan finaz, Cik Ila, tidak dapat lagi menahan gelodak perutnya, dan ‘buweeekkk’ memberi ikan-ikan di laut makan.
Kata Cik Ila, ‘Takpe, aku bagi ikan-ikan tu kuat cam Badang...’
Muhehehe... (ok, sasshin o torimashoo! Incik Amat, Incik Amat, ini ada 3 orang mau screen test...eh, mau amek gambar...)
Kami pulang dari aktiviti snorkeling lebih kurang pukul 5 petang, minum petang dan kemudian berjalan-jalan di tepi pantai untuk mengeringkan badan sebelum masuk ke bilik. Letih jangan diingat. Selepas sahaja mandi, baring-baring sambil menonton tv, dan...hilang. Finaz terjaga lebih kurang pukul 8.30 malam dan kami bersiap-siap untuk santapan malam pula. Selepas kekenyangan, kami berjalan lagi di tepi pantai sambil menikmati pemandangan malam di Pulau Perhentian.
Hari ke-2, aktiviti snorkeling yang ke-2. Kami di bawa meneroka 3 check point lagi hari ini. Dan salah satu daripadanya, sudah pun kami kunjungi semalam. Katanya tempat ini dinamakan ‘Shark Point’ tapi semalam tak nampak pula. Agak tidak puas hati juga pada mulanya, tapi kami turun juga. Jadi finaz dan rakan-rakan yang lain pun mula meneroka lautan. Pemandu bot mula menarik tangan finaz dan Cik Ila. Asalnya memang kami tidak tahu tujuannya. Hanya mengikut sahaja, dan akhirnya kami terlihat... JERUNG! Tapi kenapa semalam tidak kelihatan? Mungkin kerana arus semalam yang kuat kata pemandu bot kami. WAH... Sangat menakutkan dan kagum. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Pengalaman menarik finaz di Perhentian =) Untuk snorkeling trip kali ini, 2 kali Cik Ila beri makanan kepada ikan-ikan. Hehhehhe...
Pulang dari aktiviti snorkeling, aktviti jungle tracking pula menanti. Cik Ila tidak larat untuk turut serta kali ini dan berehat sahaja di bilik. Untuk aktiviti jungle tracking, ianya lebih kepada ‘latihan kecergasan otot-otot kaki’ berbanding menikmati keindahan Pulau Perhentian. Huhhu, laju betul guide yang membawa kami merentas pulau itu. Penat sungguh!
Aktiviti malam kali ini – Karaoke. Yang pasti bukan untuk menunjuk bakat tapi lebih kepada usaha untuk memecahkan speaker bilik karaoke =)
Esoknya, kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan pulang yang pastinya lebih mencabar. Kenapa? Ha, yang ini ada cerita lain pula. Kami bertolak dari Pulau Perhentian pukul 8 pagi dan finaz tiba di rumah lebih kurang pukul 12 tengah malam. Berapa jam perjalanan? 16jam!! Perjalanan pulang yang adventurous kerana ketiadaan tiket terus ke Kuala Lumpur.
Rentetan perjalanan kami:
Pulau Perhentian – Jeti Kuala Besut – Jerteh – Kuantan – Kuala Lumpur – Shah Alam (untuk finaz)
Dari pulau ke jeti mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Dari Kuala Besut ke Jerteh (dengan menyewa van) mengambil masa lebih kurang 40 minit. Bas dari Jerteh ke Kuantan tiba kurang lebih jam 10.30 pagi. Kami tiba di Kuantan lebih kurang pukul 5 petang (da lebih kurang 7 jam da tuh!).
Dari Kuantan satu-satunya tiket yang berjaya kami perolehi hanyalah daripada bas yang bernama ‘Restu Bulan’ (ape punye syarikat bas ni??tak penah dengar pun Jibam...huhhu). Itu pun bas pukul 7 malam. Kami lepak sebentar di Old Town White Coffee. Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 4 jam kerana kesesakkan lalu lintas.
Dan akhirnya kami BERJAYA tiba di Kuala Lumpur jam 11 malam.
Incik Jibam bermurah hati menawarkan finaz untuk pulang ke Shah Alam kerana hari yang sudah sangat lewat. Dan dari Perhentian Bas Pekeliling, finaz, Incik Jibam dan Incik Amat menapak pula ke Perhentian Putra (kerana incik jibam memakirkan keretanya di situ... dan tidak berkunci! isyh..isyhh..isyhhh...) Dan akhirnya (sekali lagi...) finaz tiba di Shah Alam jam 12 tengah malam.
Huhhu... Sungguh mencabar perjalanan kami ini.
This is what they called ‘The Real Backpackers’...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment