Crush


I'm just a girl with a crush on you
~ "Can't Make You Love Me" by Britney Spears

Mengikut kamus Cambridge Advanced Learner’s Dictionary, ‘Crush’ bermaksud:

i) Crush (PRESS) verb [T] – to press something very hard so that it is broken or its shape is destroyed
ii) Crush (ATTRACTION) noun [C] INFORMAL – a strong but temporary attraction for someone


Dan bagi finaz, kedua-duanya berkait rapat dengan entri kali ini.

‘Crush’ yang pertama:
Pada kala rakyat Malaysia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam kereta finaz telah terlibat dengan kemalangan jalan raya di roundabout berhampiran kilang JVC. Koibito ku telah dihentam oleh bas kilang. (huuhhuu… sedih lagi ni…). Kereta di hantar ke bengkel dan hari ini, finaz ke Putrajaya dengan menaiki tren (harap-harap terserampak dengan Mr. W di Stesen Asia Jaya atau Stesen Universiti, tapi tarak…huhhu…)

‘Crush’ yang kedua:
Kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, mengingatkan kembali memori berbuka puasa di Sime Darby Convention Centre bersama (ehem…) bekas rakan-rakan sekerja semasa finaz bekerja di sebuah syarikat perundingan di Petaling Jaya, setahun yang lalu. Memori mengupas kulit udang dan makan semeja… (huuhhuuu…teringat…teringat…teringat…!!!)

At this moment everything is just a piece of memories… My car and My (ehem…) colleague a.k.a. Mr. W (to be specific)


nota kaki: am I still like him?? Adoi…!

No comments: