Servis Buruk


Stesen radio: Terbang fm

Pernah tak anda diberi layanan yang teruk lagi buruk lagi huduh…?!

Ahah, betty pernah. Sepanjang ingatan betty, 2 kali betty pernah berhadapan dengan layanan yang teruk oleh pengusaha kedai makanan khasnya. Terutama restoran makanan segera.

Apa tujuan jika anda memilih untuk makan di fast food restaurant? Mestilah kerana hendak makanan itu dihidangkan dengan cepat bukan? Jika tidak, tidak perlulah menamakan restoran itu restoran makanan segera.

Pernah beberapa tahun yang lalu, betty membuat pesanan melalui telefon. Katanya penghantaran akan dibuat dalam lingkungan masa 45minit. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu… Makanan tak sampai-sampai. Apa ni? Takpelah, mungkin si peon tu tak tau alamat kami. Hari pun sudah malam. Gelap, tak nampak nama jalan agaknya. Tunggu lagi, sudah hampir satu jam. Apa kes? Ok lah, betty cuba telefon kembali talian pesanan restoran tersebut untuk re-check order betty.

Panggilan pertama, tidak diangkat.
“Harap maaf, talian kami sibuk. Sila tunggu sebentar. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi”

Panggilan kedua… pun sama. Setelah percubaan yang entah ke-berapa kali, baru ada layanan. Hampeh! Apa alasan yang diberikan di atas kelewatan yang melampau?
“ Sebenarnya kami kekurangan staf. Budak penghantar semua keluar, tak balik lagi”

Hah? Itu bukan masalah saya. Carik lah staf ramai-ramai. Kalau tak boleh nak hantar, jangan buat servis penghantaran. Kan lagi senang?

Kalau ikutkan hati yang hagak bengang, memang betty tak mahu bayar makanan yang dipesan itu. Itu pun, makanan itu sampai setelah lebih 1 ½ jam selepas pesanan dibuat. Tapi kan benda itu makanan. Kang kalau tidak dibayar, mau sakit pulak perutku nanti. Huhhu, tak rela. Bayar je lah.

Kejadian yang kedua – hari Jumaat minggu yang lalu.
Kejadian yang hampir serupa, tapi kali ni, mengikut kata Pengurus yang bertugas (which is very rude and hampeh and very irresponsible manager…cit!) tiket/resit order kami hilang. Ya ampun, habis tu kalau hilang tak reti-reti ke nak cek balik kami order apa?

Alasan yang boleh diberi hanyalah maaf – Kami kekurangan staf – Kami tak boleh nak check pesanan dari setiap satu pelanggan kami - kami boleh bagi voucher sebagai tanda minta maaf – kalau cik tak nak bayar saya nak buat macam mana?... and so on.

Sengal.
Memang tak bertanggungjawab



Nota telinga: Just be responsible to your costumer. We pay for it. Don’t cha ever heard – “Costumer Always Right”.



5 comments:

my hidden stories said...

fast food memang cam tuhh..benci mc donald..tapi aku x insaf2 gak..slalu gak nak makan...mc D tuhh...

nota siku: manusia serba kekurangan..harap..maafkan lah mana2 person yg kita benci tu...

bEtTy said...

ye lah tu..tpi kalau da nak sejam lebih tnggu, mau tercabar tahap kesabaran..

ila said...

saye pernah mengalami pengalaman yg tak lebih kurang dasatnye....

aku nak beli perfume kat Parkson MidValley...tp org tu tgk aku mcm tak de duit.....die nak bg aku EDT je...die kate, EDP mahal..tkt aku tak cukup budget!!! hello....apekejadahnye aku pegi kat situ menebeng muke kalau tak nak beli!! sbb aku pakai jeans buruk+tshirt buruks, jgn igt aku tak de duit hokey.....mak stress mak stress time tu....

last2 aku p beli kat booth len....that lady...gud! die entertain je sesape...good...good...

bEtTy said...

hah..
aku rase, para2 sales persons ini kne pergi kelas
'how to please/entertain your costumer'

kan?

nak je aku cadangkan kat kementerian hal ehwal pengguna

ila said...

saya memang setuju!