Punca Dan Tindakan – Review



Akhirnya, ‘benda’ yang ditunggu-tunggu berjaya berada di genggaman saya!
Exaggerate betul. Hehhe.

Nak tau tak, apa yang saya angankan tu dengan tak disangka-sangka menjadi kenyataan.
Sila refer
entri ini – point nombor EMPAT.
Setelah menerima emel daripada Incik Faliq Aizat, kami pun bertemu semalam di Rasta TTDI.

Ok, now straight to the Album Review.
Keseluruhan, OK.
Tapi saya rasa track nya terlalu sedikit lah.
Seperti tidak puas pula rasanya.
Macam nak dengar lagi lagu baru daripada Incik Imran yang tinggi ini.
But still, the album is OK.

Seperti biasa, jika kamu baru pertama kali mendengar lagu-lagu dendangan daripada Imran, mesti agak sukar untuk menerimanya baik dari segi melodi atau pun liriknya.
Macam ada yang tak kena saja.
Tapi jika sudah mendengarnya berulang-kali, mungkin kamu akan ubah persepsi kamu selepas itu.
Percayalah.

Personal favorite?
Semestinya Track 1 (Radio), Track 4 (Jika Engkau Pergi) dan Track 7 (Mengaku Kalah).
Kamu pula bagaimana?
Cepat-cepatlah serang kedai muzik yang berdekatan.
Tapi rasanya mesti susah nak jumpa.
Jika kamu berminat, silalah layari laman ini :-
http://www.imranajmain.com/buy-album

Hey, lagi satu nak bagi tau.
Menurut kata Faliq, jika di Malaysia ni, saya orang ke-6 yang memperolehi album ini tau!
Dan yang ke-2 menerimanya secara by-hand.
Hihhi…
Oh tapi, Incik Imran masih berhutang tandatangan lagi dengan saya.
Insya-Allah, ada rezeki nanti saya claim tandatangan yang tidak sempat diturunkan itu ya.



nota kaki : Jangan Faliq lupa sudah. =)


2 comments:

theblabber said...

minat gila eh dengan mamat ni? hehe

bEtTy said...

tak la sampai gila pun..
mamat ni cool laa..
sempoi je..
;)