Antara Jakarta & Bandung – Part 2

"Don't listen to what they say. Go see."
~ Chinese proverb


5 Disember 2009

Dari Jakarta, kami ke Bandung dengan menaiki keretapi. Dalam pukul 10:00 am, kami check-out dari hotel yang kami duduki. Haa, kat sini ada satu masalah lagi. Kami dimaklumkan oleh pihak hotel yang harga bilik kami di ‘charged’ per head! Pelik kan…? Hotel manalah yang kira bilik ikut orang yang ada dalam bilik? Hanya di Jakarta sahaja kot. Maka, kerana tidak mahu cerita jadi panjang, kami hanya bayar sahaja bayaran tambahan yang dikenakan itu. Peringatan kepada pengembara-pengembara muda yang lain; pastikan anda tidak tertipu dengan pihak pengurusan hotel seperti kami. Uhuhuhu…

Keretapi ke Bandung boleh dinaiki dari Stasiun Gambir, Jakarta. Terdapat 2 jenis keretapi yang menghala ke Bandung iaitu Argo Gede dan Parahyangan. Kami memilih untuk menaiki Argo Gede kerana lebih selesa. Harga tambang pun tak jauh beza dengan Parahyangan iaitu Rp 55,000 untuk Agro Gede dan Rp 20,000 – 35,000 untuk Parahyangan.



Perjalanan ke Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ada steward dan stewardess yang akan melayan kamu di sepanjang perjalanan. Macam naik kapal terbang la lebih kurang. Makanan pun ada disediakan jika kamu mahu, tapi kena bayar lah (a-la Air Asia gitu). Ada flat LCD screen untuk kamu tonton Muzik Video dan filem lagi!. Perjalanan kami dihidangi oleh muzik video dari kumpulan Ungu dan filem Shaolin Soccer. Hahha, puas hati la jugak.



Kami menetap di satu kawasan yang dikenali sebagai ‘Kosan’. Tempat tinggal mahasiswa terutamanya dari Malaysia. Lucky we have friend that study in Bandung, maka dialah yang banyak membantu kami sepanjang kami berada di sana. Selesa sangat sepanjang kami berada di Bandung. Mungkin kerana cuacanya agak dingin dan keadaan trafiknya juga tidak terlalu ‘macet’ seperti Jakarta.

Hari pertama di Bandung, kami di bawa berjalan-jalan di sekitar Chi-Walk – tempat lepak anak muda di Bandung, ke Jalan Dago untuk melihat live band tapi Angkutan Kota aka Angkot tak dapat naik sampai ke puncak pula (maka, dibatalkan) dan akhir sekali lepak-lepak di Paris Van Java.




Alamak, ada pula yang perasan orang ambil gambar


6 Disember 2009


"When you get there, there isn't any there there."
~ Gertrude Stein


Hari pertama untuk melubangkan poket. Kami ke Pasar Baru. Tempat ini lebih kurang sama saja dengan Tanah Abang. Bangunannya ada banyak tingkat, tapi saya pun dah tak ingat ada berapa. Hahhaha… Tapi jangan salah sangka ya. Tidaklah murah sangat pun barang-barang di Pasar Baru ini. Ada sesetengah blouse yang saya jumpa, di Tanah Abang lebih murah harganya. Sejujurnya, saya agak kecewa dengan barang yang saya jumpa di Pasar Baru ni. Tidak seperti yang diharapkan. Mungkin expectation saya yang terlalu tinggi kot.

Kami kemudiannya pulang ke Kosan dengan perasaan agak kecewa. Tapi masih lagi menyimpan harapan agar kunjungan kami ke Factory Outlets esok tidak terlalu menghampakan. Aktiviti malam…? Haa, merayap berjalan-jalan dari kosan depan Rumah Sakit Hassan Sadikin sehingga ke Paris Van Java. Lepak-lepak di J.Co sambil bercerita tak pandang orang keliling. Hehee… Kami memang banyak buat senaman kaki sepanjang berada di Indonesia ni! :)


7 Disember 2009


"Walker, there is no path. The path is made by walking."
~ Antonio Machado


Hari ke-2 di Bandung. Hari menyerang Factory Outlet! Destinasi pertama? Factory Outlet di Jalan Dago. Sebenarnya ada banyak factory outlet di Bandung ni. Yang popular adalah di Jalan Dago, Jalan Riau, dan di sekitar Jalan Sukajadi – Jalan Setiabudi. Tapi untuk makluman semua, ada banyak sangat rumah yang diubah-suai menjadi kedai di sepanjang nama jalan yang telah saya sebut tadi. Tak perlulah anda untuk menaiki kenderaan kerana jarak dari satu ke satu terlalu dekat. Jalan kaki sahaja sudah memadai.


Haa, jangan tak tahu. Ni nak bagi tau. Betapa kami ini traveler yang menjaga bajet, kami berjalan kaki dari Jalan Dago sehingga ke Jalan Riau! Nasib lah cuaca di Bandung ini nyaman. Tidak lah rasa sangat letihnya. Tapi memang jauh. (imagin dari KLCC berjalan kaki ke Sogo). Hebatkan kami? Sebenarnya, masih banyak lagi factory outlet yang kami tak sempat terjah. Tetapi kerana sudah ‘kepancitan’ kami pun pulang semula ke kosan dalam pukul 6 petang.


Air favorite guwe!

Malam itu kami ke Jalan Cihampelas, as known as Jean Street. Masih ada lagi barang yang tidak mencukupi. Itulah, seperti yang saya katakan, tak semua barang di sini murah dan berjenama. Kamu perlu cari betul-betul. Kecewa, kerana sampai sudah tidak juga berjaya barang yang dikehendaki.

Malam tu, saya dan Cik Norma jadi jaga depan pintu bilik sebab room mate kami lupa nak tinggalkan kunci. Hehhee… Siap ada sessi meluahkan perasaan lagi!
*syhhh, Cik Norma, rahsia kita dua je tau*


8 Disember – 9 Disember 2009



"Traveling is like flirting with life."
~ Advertisement


Hari terakhir di Bandung. Kami bersetuju untuk menyewa sebuah MPV untuk pusing-pusing sekitar Bandung dan kemudiannya terus ke Bandara Jakarta. Bandara tu apa? Oh, itu singkatan bagi Bandar Udara. Orang Indonesia ni suka sangat singkatkan panggilan mereka. (eg: Angkot = Angkutan Kota, Are-Wey = A&W).




Bye, bye Dr. Zila! :')

Destinasi pertama, ke ladang strawberi. Siap boleh petik sendiri strawberi tau. Macam kanak-kanak riang kami berlari nak petik strawberi. Tapi ada sedikit bau yang kurang menyenangkan lah di sekitar ladang strawberi ni. Bau baja agaknya.


Kemudian kami di bawa pula ke Tangkuban Perahu. Tourist spot paling popular di Bandung ni. Sejuk bangat tempat ini! Paling menarik adalah orang yang menjaja di sekitar kawasan ni.



“Neng, beli Naruto nya Neng. Buat jagain rumah”
Kahkahkah…

Kami kemudiannya di bawa ke ladang teh untuk bergambar (semata-mata) dan makan jagung bakar! Uuh, pertama kali saya makan jagung bakar tepi jalan tau.





Dan kemudian kami terus di bawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Kami tiba di Bandara agak awal juga. Lebih kurang jam 7 malam macam tu. Maka, berpusing-pusing la kami di lapangan terbang itu. Penerbangan kami di jadualkan pada pukul 6:25 pagi esok. Hehhee, macam pengembara sejati la konon. Baring-baring di lantai airport, buat macam tempat sendiri!

Me, with my New Moon reading


Lebih kurang pukul 9:30 pagi waktu Malaysia, kami pun tiba di LCCT. Well, that’s it! Our adventure journey to Republic of Indonesia. So ladies, for our next bachelor trip, where will we be goin’…?




"A wise traveler never despises his own country."
~ Carlo Goldoni


nota kaki: Thanks again to WikiTravel! :)

6 comments:

ila said...

Yeah!
credit to WikiTravel!!

Hahaha.....statement "Neng, beli Naruto nya buat jagain rumah Neng"
Kah Kah Kah...

aku rase pakcik tu pun sure ingat aku...sebab aku gelak sampai lupe diri sebenar...(bukan diri sebenar)hahahahah

the best was....during our lepak at J.Co..n thankx to abang jaga counter air...sebab bagi donat lagi..dan lagi...betul! betul! betul!

P/s: PROUD to be Malaysian! Upin Ipin glamer abes la kat Indon

bEtTy said...

huisyh.. cepatnya kamu komen..

yeah, proud to be Malaysian kan..

MALAYSIA BOLEH...!!

Zo0m iNn said...

kak..farh pon wat link jerr blog akak ni ye...mmg mntap la penerangn akak nie...so...disbbkn frh rs mcm xmampu nak menulis sedetail akak, frh terpakse link je...heheh...tq

bEtTy said...

huk aloh..

ok je.. sila lah meng 'link'..

hehhe.. ;)

ila said...

as planned...

the next trip might be Langkawi, Kedah...

yuk.....

bEtTy said...

yayy.. yayy..!!

JOM..!!!