Antara Jakarta & Bandung – Part 1




Setelah hampir seminggu pulang ke Bumi Malaysia yang bertuah ni, nah ini cerita kami sepanjang ‘Pengembaraan’ kami di tanah yang dikenali sebagai ‘The Big Durian’ dan ‘Kota Kembang’.


2 Disember 2009

“A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.”
~Lao Tzu



Kami berkumpul di LCCT. Penerbangan pada pukul 9:50am (waktu tempatan). Ada sedikit masalah semasa proses check-in. Tapi segalanya berjaya di atasi sebelum pesawat kami berlepas. Ok, peringatan sebelum melancong ke luar Negara:

1) Change the money currency from your own country.
Contoh, jika kamu mahu ke Indonesia, tukarkan RM ke Rupiah. It’s not necessary to change your money into USD as some country would happily prefer to do the transaction in USD. Ye lah, lebih untung.

2) If you’re using Air Asia, pastikan kamu telah membeli tambang untuk bagasi. Memandangkan ini merupakan trip pertama kami untuk mengembara luar dari Malaysia, maka ada sedikit kesulitan terhadap perkara ini. But, like I said before, semuanya berjaya di atasi sebelum kami terbang ke bumi Jakarta. (credit to Cik Norma for all your hardworks, babe!)

Lebih kurang jam 11:00am (waktu tempatan), kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Seorang pakcik supir sudah sedia menunggu ketibaan kami. Oh, lagi satu masalah setelah tiba di Jakarta. Kami tidak mempunyai tempat penginapan. Maka, berpusing-pusinglah kami di Bandar Jakarta yang sibuk lagi sesak itu untuk mencari bajet hotel dan akhirnya kami berjaya menginap di Hotel Plaza, Mangga Dua.

Tidak banyak yang kami lakukan sepanjang hari pertama kami di Jakarta. Hanya berjalan-jalan di Mangga Dua. Waduh, itu pun sangat meletihkan! Bangunan di sekitarnya bersambungan sehingga kami tidak sedar yang kami sudah berjalan jauh rupanya. Hampir-hampir sesat pun ada kerana tak berjaya jumpa hotel yang kami duduki -_-“. Ok, jika terjadi begini, adalah penting untuk kamu meringankan mulut dan bertanya pada orang tempatan. Tak payah nak malu-malu. Oh, sebelum itu, jika ada pamphlet hotel, sila simpan. Ini boleh dijadikan rujukan yang amat berguna ya.

Malam di Mangga Dua, Jakarta agak membosankan. Kerana banyak kedai-kedai telah ditutup seawal jam 5 petang (6 petang waktu Malaysia). Kami agak kelaparan dan kedai makan pun tak banyak. Agak mengejutkan kan?


3 Disember 2009

“Travelers never think that they are the foreigners.”
~Mason Cooley


Kami ke Tanah Abang dengan menaiki pengangkutan awam yang dinamakan Angkutan. Syurga untuk melubangkan poket jika anda berada di Jakarta. Banyak juga barang yang bagus-bagus di sana. Malah siap boleh tawar menawar lagi. Tapi kebanyakan daripada kami cuba untuk mengawal nafsu daripada membeli dengan banyak. Ini kerana, rata-rata orang tempatan kata di Bandung lebih murah. Maka, sabar ajalah. Simpan duit untuk pokai di Bandung nanti. Hehh…

Kami yang jakun di dalam Angkutan


Saya yang kepenatan di Tanah Abang


Oleh kerana hari masih awal, kami membuat keputusan untuk pusing-pusing melawat Mall –Mall Jakarta yang mewah. Katanya, Senayan Plaza is the must go Shopping Mall. Agaknya, setaraf MidValley la kot. Tapi misi ini tak berjaya. We end up lost in some place called Ratu Plaza. Perjalanan yang kami tempuhi? Masya Allah, sangat meletihkan. Macam pendatang! Hina betul rasa masa bersesak-sesak tu. Yelah, nak wat camne. Budget Traveller. Uhuhu…


4 Disember 2009

“The traveler sees what he sees. The tourist sees what he has come to see.”
~G.K. Chesterton


Berkat kami sesat semalam, kami telah mempelajari banyak tentang pengangkutan awam di sekitar Jakarta. Maka, perancangan kami untuk hari ke-3 di Jakarta ini adalah untuk berjalan-jalan, berpusing-pusing, bergambar-gambar sahaja. Bukan untuk membeli belah.


Kami memulakan perjalanan kami ke Stasiun JakartaKota dengan menaiki Bajaj. Peringatan! Pastikan kamu sudah bersetuju dengan harga tambangnya sebelum menaiki pengangkutan ini ya. But, even tough perkara ini sudah dilakukan, Pak Supir itu tetap mahu over charged kami! Hampeh tul. But after a sweet negotiation with him, dapat lah diskaun, bayar separuh daripada harga yang diminta. But 2 of my friends kena lagi teruk. Duit mereka di campak ke tengah jalan! Isyh, isyhh…


Berhati-hati jika kamu mahu menaiki kenderaan ini!

Dari Stasiun Kota, kami menaiki Busway pula. Busway adalah sejenis pengangkutan baru di Jakarta. Harga tambangnya agak berpatutan, Rp3500 untuk perjalanan dari Jakarta Pusat hingga ke Jakarta Selatan. Lebih kurang macam LRT / Monorel tapi perjalanan Busway ini adalah di atas jalan raya. Ada laluan khas disediakan untuk Busway ini. Kami berhenti di Perhentian Bank Indonesia dan memulakan perjalanan, pemusingan dan pergambaran (apa punya bahasa daa…). Apa yang menarik? Tentunya kami ke MONAS. Siap naik sampai ke puncak MONAS tau. Dan kami ke‘capek’kan selepas turun dari menara MONAS. Besar sangatlah kawasan tu!

Again, our 'jakun'ness when we're inside the Busway!


Kegembiraan melampau setelah berjaya sampai di MONAS



Next stop, Plaza Indonesia. Dengan berjalan kaki dari MONAS, berpeluh, bertengit, kami sampai jua di Shopping Mall mewah ini. How to describe this mall yeh? The Mall can be justified as equivalent to our Gardens / Pavilion. But, the weird thing is that, you can hardly see people who wear normal outfit like us (which means shirts and jeans) inside this mall. Diorang pakai; perghh! Macam nak pergi Hi-Tea! Proper gile. As if, orang biasa-biasa won’t go into this mall. Kami pun tak berapa di layan sepanjang kami berada di dalam butik-butik outlet mereka. Alah, takat Guess, Esprit, Bonia tu semua, Alamanda pun ada! Tak payah la nak membazir beli kat tempat orang.

Selepas Plaza Indonesia, kami ke Grand Indonesia pula. Lebih kurang sama sahaja mall-mall ini. Sesuailah untuk lepak-lepak. Dan malam itu kami tengok bioskop di Blitzmegaplex. Bioskop? Oh, maksudnya Panggung Wayang. Asalnya mahu nonton New Moon, tapi tiada pula movie itu di sini. Maka tengok 2012. Mahal tau harga tiket dia – Rp50,000! Kerana weekend. Hari biasa dalam lingkungan Rp15,000 – Rp30,000.


Super tired people but still keep on the smiling faces.


Ok, keesokan harinya, kami Bandung pula. Nantikan entri yang seterusnya ya..!!

“Half the fun of the travel is the esthetic of lostness.”
~Ray Bradbury



nota kaki: Thanks to WikiTravel. This note has been very helpful to us!


8 comments:

ila said...

you are so detail....A true story teller....

nak link ur page lah...malas nak taip serajin kamu....bole kan???

bEtTy said...

bole je..

sila, sila..

aku tengah try nak update for part 2 pulak ni.. macam susah pulak.. ape yg kita wat bandung hahh..??

huhhuu..

ila said...

Saya terlebih dahulu telah meng'link kan page awak dalam blog saya...dan saya amat berterima kasih kerna....you made mylife easier...hik hik...

yeah....about the luggage incident, should be blame on me...my bad :(


(gamba awak penat di atas, bukan di mangga dua tu. Bukankah di Tana Abang?)

bEtTy said...

takde spe blame kamu laa.. semua pun tatau.. ok la tu, bole jadi pengajaran.. :)

alaa, orang lain tatau.. kita2 je tau.. spoil la kamu..

-_-"

ila said...

aiyak....

saye spoil kan ke??? hehehe....
repair kan....tak baik tipu orang tau....

p/s: kalau saya tak paksa kamu bergamba itu hari....sure gamba itu tak de....aksi manja tuh....*meow..grrr....

hehe

bEtTy said...

ok.. dah di betulkan.. memang patut tules tanah abang.. nape ntah aku ter'taip' mangga dua pulak..

:)

ila said...

;p

so alasan kamu....hehehe...
cant wait the second part of Indonesia journey!

gambate ne.

ila said...

;p

so alasan kamu....hehehe...
cant wait the second part of Indonesia journey!

gambate ne.