I’m Too Scared (or too Coward?)


A man can be short and dumpy and getting bald but if he has fire, women will like him. ~Mae West


It was a pleasant day! Superb!
Ahad yang lalu, bekas syarikat perundingan yang pernah finaz bekerja mengadakan aktiviti Go Kart di perkarangan Stadium Shah Alam. Memandangkan ayah finaz masih lagi bekerja di situ, so finaz masih lagi entitle untuk menghadiri program tersebut. Hehhe…

Niat asal? Sudah semestinya untuk mencuci mata. Di cuci oleh apa? (sebenarnya siapa…muehehe). Siapa lagi kalau bukan staf-staf di syarikat tersebut yang tidak sempat untuk finaz “mengeratkan tali silaturrahim” dengan mereka. Maklum saja lah, tempoh finaz berkhidmat dengan syarikat berkenaan sangat singkat. Kurang lebih tidak sampai 3 bulan. Jadi, inilah masanya untuk finaz “men-suci-kan” lagi mata finaz yang sudah semakin “berhabuk” (lagi-lagi dekat site, yang sememangnye takde entertainment mata…huhhuu). Dan sudah tentunya dengan makluman seorang daripada teman (“orang itu” – yang sbenrnye kawan virtual) tentang kehadirannya dalam program itu, bertambah teruja lah lagi untuk finaz menghadirkan diri juga.

Sampai sahaja di perkarangan stadium, adik finaz berlari ke arah finaz dan sudah pun menjadi overly excited! Hmm, nampaknya, kedua-dua entainment mata finaz ini sudah sampai terlebih dahulu. Tercari-cari juga finaz VIOS hitam kepunyaan salah seorang daripada mereka (di mana dia, keta vios peja..keta vios peja ada di depan sana..hoi, hoi..can mali can..hehehe) dan YES! Jumpa. Wahh, dalam hati jangan cakap lah. Adrenaline terus melonjak sampai ke kepala.

Masuk di kawasan litar go kart, mata finaz meliar mencari orang-orang tertentu. Iya lah, kata pun ingin mencuci mata.
Yes, dah nampak…
Dan nampak lagi…
Dan lagi… dan lagi…

Wahh, bersih mata ku…

Tamat sahaja perlumbaan, semua pelumba (konon laa…) menuju ke tempat berkumpul untuk sesi penyampaian hadiah. Tiba-tiba mata finaz terpandang sesuatu.

“Aik? Mamat ni pon join ke?”

Nak tau siapa mamat ni? Dia ini lah yang sangat-sangat finaz minati pada satu masa dahulu. Hmm, lebih kacak sekarang. Dan lebih mengejutkan, Incik Mood ini siap tegur finaz bertanyakan khabar. Hebat! Superb…!! Sangat seronok…!

And for “that person” (previous entry), I just can perceive him just from a far sight. Suppose, I wish to have some conversation with him but I don’t have enough strength to do it… yet. Or am I really a true coward? No idea…



No comments: