“One of the very nicest things about life is the way we must regularly stop whatever it is we are doing and devote our attention to eating. ~Luciano Pavarotti and William Wright, Pavarotti, My Own Story”
Burpp, alhamdulillah…
Hari ini ada sesi ‘Open Table’ di site office finaz yang baru.Site office yang baru? Hmm, yeap. Sekarang, finaz tidak lagi bekerja di Damansara. Sebaliknya sekarang di Putrajaya. Berulang-alik dari Shah Alam dengan jarak lebih kurang 75km sehari [adoii…berlubang poket…] tambahan 2 kali tol [ LITRAK; Puchong Utara & Puchong Selatan]. But, I can’t complain. Finaz sendiri yang buat keputusan untuk meneruskan kerjaya di sini (aceewaahh…)
Sebenarnya, awal minggu yang lalu salah seorang Site Supervisor di sini menyambut ‘ulang bulan yang pertama’ untuk anaknya. Ya, ‘ulang bulan’ ye, bukan ulang tahun. Dalam bahasa Inggerisnya ‘Baby Full Moon’. Maka, sedikit sumbangan diberi kepada keluarganya [walopon mse tu dompet finaz sudah hagak kering..hulur jugak, yg penting ikhlas…betul!] Jadi, hari ini, En Yap [nama penuh tak ingat lagik…al-maklum lah baru lagi] mengadakan sesi makan-makan. Waahh, apa lagi, lambakan makanan pun bermula. Oleh kerana majoriti pekerja site ofis ini adalah berbangsa cina, maka makanan milik finaz berbeza sedikit dari yang lain. Jika teman sekerja finaz yang berbangsa cina diberi Pulut Kuning+Kari+Telur (yang telah dicat Pink) dan kuih, finaz pula diberikan KFC Snack Plate! Mueheheh….
Disebabkan waktu makan tengahari yang terhad, tepat pukul 12.00 finaz pun memulakan sesi “Bismillahhirrahmanirrahim”. Malangnya, makanan itu pun tidak berjaya dihabiskan (cian ko ayam…). Namun sesi makan bukan setakat itu sahaja. Rupa-rupanya ada lagi makanan diluar. Apa dia? Cuba intai kejap;
Pizza Hut & Sate…
Adoi, macam mana nak masuk lagi ni?
No comments:
Post a Comment