Yesterday is a History, Tomorrow is a Mystery,
But today is a Gift
That’s why it is call PRESENT
~ Master Oogway, Kung Fu Panda (2008)
But today is a Gift
That’s why it is call PRESENT
~ Master Oogway, Kung Fu Panda (2008)
Menarik bukan kata-kata Master Oogway ini. Tidak pernah pula finaz terfikir maksud tersirat di sebalik perkataan ‘Hari Ini’ (Today) adalah ‘Hadiah’ (Present). Sangat-sangat menarik.
Akhirnya, setelah hampir 10 bulan merancang, semalam dapat juga finaz tunaikan hajat finaz untuk menonton wayang selepas waktu bekerja. So, whats the point here? Sebenarnya memang finaz ingin melakukan perkara ini sejak dari finaz bekerja di Damansara dulu. Tapi sering finaz tak diberi keizinan (huuhhu…) atau ada perkara lain yang perlu dilakukan. Tetapi semalam, finaz nekadkan hati. Finaz mesti pergi tengok wayang juga (itu pon setelah lebih 1 minggu finaz bagi reminder dekat ibu…) dan akhirnya, Kung Fu Panda menjadi pilihan.
Sampai sahaja di GSC Alamanda, tidak ramai lagi orang yang beratur untuk membeli tiket. Seperti yang teman sekerja finaz maklumkan, memang tidak ramai orang menonton di sini. Jadi, tak perlu risau dan tidak perlu buat tempahan tiket secara online. Lokasi tempat duduk juga tidak menjadi masalah kerana finaz dapat tempat duduk betul-betul di tengah-tengah dan baris ketiga dari belakang. Memang strategik!
Mengenai Kung Fu Panda, hmm… tidak rugi menonton cerita ini. Bagus untuk dewasa dan kanak-kanak. Mesej yang ingin disampaikan juga amat-amat bagus. Membuat finaz tersedar tentang sesuatu (tidur ke aku sebelum ni…?)
Main key word untuk cerita ini; ‘Believe’ atau ‘Percaya’ dalam Bahasa Melayu nya.
Betul, PERCAYA (percayalahhh… *background lagu Siti*).
‘There is NO secret ingredient’, kata ayah Po kepada Po
Hanya perlu percaya ianya bagus kerana ada bahan-bahan rahsia.
‘There’s NOTHING’, kata Po setelah melihat skrol Pahlawan Naga
Hanya ada pantulan wajah sendiri – dan percaya ITU lah Pahlawan Naga yang dicari-cari
Jadi, mesejnya yang utama mudah sahaja.
Percaya pada diri sendiri.
Just believe in yourself.
Chow…
No comments:
Post a Comment