Saya telah di tag sekali lagi oleh Miss Believe. Sangat mencabar tag kali ini ya. Siap kena main lukis-lukis pulak. Tetapi oleh kerana saya ‘rajin’ yang lebih banyak bermaksud malas hendak buat kerja-kerja ofis yang tak habis-habis, saya sudi meluangkan banyak masa untuk menjawab tag Miss Believe ini.
term;
- Anda diminta melukiskan gambar / menepek gambar bilik anda...anda di minta menerangkan serba serbi tentang bilik anda.
- Anda juga diminta menerangkan setiap fungsi item yg terdapat didalam bilik anda.
So, here the story goes people…
- Katil – double storey, queen + single size
Saya berkongsi bilik dengan adik perempuan saya. Jadi kami tidur di katil yang bersaiz queen. Untuk katil single di atas, haa…kat sini Macam-Macam Ada. Kotak-kotak buku masa study sampailah ke mainan anak buah yang tidak dapat dibuang kerana takut ditanya pula kelak oleh beliau. - Rak Almari (hampir roboh ye rak ni kawan-kawan)
Dalam rak ini, terdapatnya pelbagai koleksi pinggan mangkuk yang lama-lama dimana saya rasa layak di hantar ke Arkib Negara. Rak ini juga tidak dapat saya hapuskan dari bilik saya kerana mengikut kata ibu saya – ‘Sayang la…Elok lagi…’ - Meja Komputer merangkap Meja Study
Sudah lama saya tidak menghadap meja komputer ini. Anti-virus pon sudah lama tidak di apdet. - Old Skowl Speaker (sama cam Cik Norma – kite pon ade speaker lame tau. Ayah kite tak kasik buang…huk..huk.. T_T)
Oleh kerana speaker lama ini juga tidak dapat dihapuskan, makanya saya letakkan printer saya di atasnya. Sebenarnya ada 4 buah speaker lama dalam bilik saya – semuanya sudah ‘kong’. Tapi saya tak buleh buang juga…huhuhu - Meja kecik tempat letak radio & cassettes (koleksi nih. Ade Nsync, Britney, BSB, Alicia Keys, etc. etc…)
Oh, sungguh lama saya tidak mendengar radio dari dalam bilik. Saya hanya dapat mendengar radio semasa di dalam kereta sahaja. Itu pun semasa pergi dan pulang dari kerja. Dan saya juga sangat sayang koleksi kaset saya itu (sanggup tau kumpul duit mase sekolah dulu nak beli kaset). - Almari baju (yang nak masuk baju pon da tak muat…ehhe)
Almari ini hanya akan ada ruang jika saya lama tidak menyusun baju-baju saya yang sudah dibasuh ke dalamnya. Lazimnya, baju yang sudah dibasuh ini akan bergelimpangan di hadapan rak buku saya. Bukan malas, tapi penat+sibuk+letih+vitamin M yang melampau. (hahaha…ape punye anak dara laa…ngee…) - Rak buku
Ok, di sini letak buku le… Untuk bahagian atasnya banyak terdapat barang-barang adik saya. - Cermin
Sesungguhnya saya sangat jarang menghadap cermin ini kecuali jika saya tengah menghadap computer, baru saya akan pandang…saya pon tatau kenapa…pelik kan saya…?
Sebenarnya, banyak lagi yang tiada dalam lukisan di atas, oleh itu saya describe lagi item-item yang tertinggal.
- Kipas
Dalam bilik saya ada 2 kipas – Satu, kipas dinding. Satu lagi kipas berdiri. Panas kot sampai kena pakai 2 kipas satu bilik - Kerusi study
Saya tak lukis dalam lukisan kerana nampak seperti sangat ‘semak’. Muehehe… - Barang-barang yang tak boleh diguna
Bilik saya terdapat banyak barang-barang yang tidak boleh dipakai. Tapi saya tidak mendapat keizinan untuk melupuskan barang-barang ini. Kadang-kadang saya rasa bilik saya seperti store pula. =(
Bilik saya sangat sempit.
Any how, things gonna change – soon.
Tunggu ya kawan-kawan
Nota kaki: 2 gambar je yang sempat edit – gambar-gambar lain, kureng seswai…eheh…
4 comments:
wah..bilik saya sama seperti bilik kamu..cam store!
hahaaa..apalah naseb kita!
tu la kan..
nak wat camne..
bukan rumah kite..
rumah parents..
=/
tpi akan ada perubahan nnt..
tunggggguuuuuu.......
wah.....nak renobate rumah ke??
nge nge ngeeeee
hahaha..
ade la..
tgguuu....
;)
Post a Comment