Don't Stand So Close to Me


Entri saya yang sebelum ini telah menimbulkan sesuatu yang mencurigakan.
Hingga teman saya berpendapat sesuatu yang menarik sedang berlaku dengan diri saya.
Oh, tidak!

Bukan, bukan.
Saya belum lagi sampai ke fasa itu.
Masih dalam proses (perasan…!)
Hahh…?

Senang cerita, beginilah.
Jika anda kenal siapa saya,
Mungkin anda tahu dengan sejarah saya yang terdahulu.
Masih ingat dengan James Lance Bass?
Incik Tom?
Incik Piah?
Zafri Nazarudin?
Incik W?
Robert Pattinson? (hahh, ni kalo tak kenal tak tau la…)
Dan terbaru…
Ehem, ‘you-know-who’ la kan?
(maaflah, nama-nama orang tertentu yang saya minat tak bolehlah dinyatakan di sini. Siapa yang tahu, tahulah… ngee…)

Itulah masalah saya.
Jika hati saya sudah mula berminat dengan seseorang, tindakan dan perangai saya boleh jadi separuh gila.
Masya Allah, teruk betul saya kan?

Tidak kiralah samada orang itu selebriti atau lelaki biasa.
Saya akan mengikuti perkembangan orang itu sehabis boleh.
Jangan terkejut jika saya katakan saya boleh cam tuala mandi orang-orang tertentu itu!
See, confession of a stalker!

Dengan itu, di sini ingin saya dedahkan.
Jika anda tidak mahu diri anda diekori,
Sila elakkan diri anda daripada saya. Ngee…
Tapi janganlah anda risau.
Saya masih lagi boleh mengawal diri saya.
Tidak pun sampai mengupah ‘Private Investigator’ untuk mengekori anda.
Hanya internet sahaja medium yang ada untuk melayan sifat buruk saya yang satu ini.


“Semakin aku mahu,
Bertemu
Dengan mu
Makin hanya ku puji dari jauh
Kerna aku malu”
- Malu, Imran Ajmain



Nota kaki: Sebenarnya penat tau jadi peminat ni. Feeling sorang-sorang. Well… That’s me!


No comments: