1 Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Bahagian II)


Ok, mari kita sambung.

Tak sampai 20 minit. Mungkin 12 minit rasanya, pomen ENEOS pun sampai.
“Buka boot eh…?”
“Haa, bukak lah”
Sesungguhnya saya sangat sengal masa ni.
‘Dah tau nak buat jump start kenalah buka boot. Buduh, buduh…!’

“Cuba try start balik.”
“Cuba try start balik?”
“Haa, cuba try start balik”

Bismillahirahmanirrahim.

BERJAYA…!

“Alhamdulillah. Bateri eh?”
“Bateri. Tapi make sure jangan mati enjin la pasni. Nanti die tak boleh start balik”
‘Tak boleh g Sunway ar ni’
“Ok lah. Kita balik umah terus lah”

Tetapi, idea untuk terus balik rumah tu tidak disambut baik oleh adik-adikku.
“Ngah, Abang Bart kata tukar bateri terus”
“Haa? Tukar bateri? Bateri ni bape pulak…?”
“Kalo bateri yang camni dalam RM200 camtu la”
“Ngah, Abang Bart suro tukar bateri jugak”
“Ok la, ok la. Tukar lah. Bang kedai kat ne? Tak tau ni”
“Takpe, takpe. Kitorang escort”
“Jangan laju-laju tau”

Sepanjang perjalanan kami ke bengkel ENEOS tu, entah berapa kali enjin kereta tu mati.


‘Tenat betul bateri ni dah rupenya. Kalo lah aku terus balik tadi, mau tido atas jalan pulak!’

Setiap kali enjin mati mesti saya jerit,
“Bang, bang..!! Dia mati balik”
Hai, nasib baik la mamat tu cute.
Sejuk sikit hati yang sememangnya dah cuak nak mati ni.
Muka pucat, toreh tak berdarah – kata adik yang lagi satu.

Makanya, semuanya selamat selepas bateri kereta itu ditukar.
Rasa macam lama sahaja terperangkap dengan kejadian malang ni.
Tapi bila tengok jam, semuanya selesai lebih kurang pukul 8.30 malam.
Hanya 1 jam!
Tapi rasa berkurun tau…!

Dan selepas itu, kami bertiga masih lagi boleh pergi ke Tropicana Mall,
Kemudian ke Sunway Pyramid,
Makan a.k.a berbuka di McD Seksyen 3, Shah Alam,
Dan usha Crocs di Seksyen 7. Dapat la sambar satu. Hehhe…

Kami sampai rumah lebih kurang pukul 1.40 pagi.
Pukul 4.30 pagi, bangun sahur.
Huuh, beginilah cerita saya dalam menyambut Hari Kebangsaan yang ke-52.
Sekian.



nota kaki: Tajuk takde kena-mengena ngan cerita. Gaggaga… :D



4 comments:

ila said...

Tragis sungguh cite merdeka ko yer kak?
hehehe....
aku, malam merdeka...
cume duduk rumah gelak besar-besar dengan apak, mak ngan abang aku.
Serunut....

bEtTy said...

trajis..
sememangnya trajis..!

lawak pun ade..
:)

ila said...

Takkan dah kong battery kete ko?

Kete ko lagi muda dari kete aku kan???

bEtTy said...

entah la..
makan bateri kot keta aku tuh..
tapi pomen cute tu kate bateri mmg tahan dalam setahun je..
klo auto lagi cepat die abes..