1 Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Bahagian I)


Tanggal 30hb Ogos 2009.
Satu kejadian malam merdeka yang tidak dapat dilupakan.
Nak tahu tak?
Di saat umat Islam (yang berpuasa) sedang menikmati juadah berbuka,
Saya dan adik-adik berpeluh di parking lot level 3 One Utama.
Kenapa?

KERETA SAYA TAK BOLEH START…!!!

Dengan hanya berbekalkan air susu coklat Dutch Lady dan roti ikan bilis Hi-5,
Saya sudah mula panik.
Ingat mahu lapik perut sahaja.
Perancangannya, lepas ke OU mahu ke Sunway Pyramid pula.
Berbuka dengan sempurna di sana.
Tapi malangnya, hajat itu tidak kesampaian.

Panggil-panggil security guard,
“Bang, boleh tolong tengok kan tak? Kereta saya tak boleh start”
“Hmm, saya pun tak tau sangat pasal kereta ni”
“Habis macam mana ni bang? Takpelah, saya cuba start balik kejap lagi”

Tapi dalam hati,
‘Bodoh punya guard. Ko jaga parking, ko kenalah tau pasal keta!’
Sabar-sabar.

Ikmal kata, “Call la Abang Bart. Tanya dia”
Lepas telefon abang ipar ku itu, katanya kemungkinan besar bateri yang dah kong.
Tak lama lepas tu, guard yang telah disumpah tadi datang bersama rakan-rakannya.

“Tak boleh start ye kak?”
“Ha, dah tak tau nak buat apa dah. Tadi ok.”
“Akak ada jump start?”
“Manalah ada”
“Susah lah camtu. Kalo ade jump start ok sket. Auto ke kak?”
“Ha’ah”
“Auto lagi susah. Kalo manual boleh tolak”

Ni yang agak terbakar masa ni.
‘Sekarang ko nak tolong aku ke tidak?’
Nampak macam mahu tolong, tapi asyik bagi alasan negatif je.
Mana tak hangin?
Dalam hati jangan ingat la.
Goyang habis dah ni.
‘Mau aku tido kat OU malam ni…! Huwaaa…’

Tiba-tiba, seorang lagi security guard berkata.
“Kalo saya panggil pomen camne kak? Dorang lagi tau pasal keta ni. Selalu kalo bateri nanti dorang charge RM30”
“Oh, ok lah. Tapi tu kalo bateri kan? Kalo lain tau tak bape charge die?”
“Tu saya tak pasti la”
“Takpelah, panggil je la pomen tu. Lama tak?”
“Dalam 20 minit (tapi saya dengar macam 40 minit)”
“40 minit? Lamanya”
“Tak, 20 minit. 20 minit” sambil tunjuk ‘peace’ dekat saya
“Ohh, 20 minit. Ok lah. Saya tunggu”


*Cerita ini akan bersambung Bahagian ke-II. Sabar banyak-banyak ye bulan puasa ni. :)


4 comments:

Wife and Her Daily Notes said...

perhhh tajuk lain cerita lain..hangin aku!!

bEtTy said...

hhahha..

semangat patriotik tu..

part 2 pun aku tules pasal benda tu..

story tak sama ngan cerita..

:D

ila said...

Pnas....pnas....

hehehe....
memang tajuk gempak
ingat nak ulas pasal hal ehwal politik negara ke...
pasal merdeka ke...
last2 pasal kete die yg tak bole start itu???
apakah konsep?
hehehe

bEtTy said...

konsep nye - kejadian berlaku pada malam merdeka..!!